GLAM (Malaysia)

LANGKAH L’OCCITANE

Ubah gaya hidup insan yang memerlukan bersama jenama kecantikan ini yang telah menjadi acara kempen saban tahun. Kini ia kembali buat kali ketujuh!

-

Selama bertapak di dalam industri kecantikan semenjak 1976, L’Occitane berpegang teguh pada tiga nilai penting sebagai lambang jenama ini iaitu ketulenan, saling menghormat­i dan kederiaan. Simple but powerful! Bukan sekadar falsafah perniagaan, tetapi ia juga bagaikan tanggungjw­ab yang dipikul Olivier Baussan, pengasas jenama ini. Lalu pada 2006, L’Occiatane Foundation diperkenal­kan dengan dua misi penting iaitu untuk menyokong golongan cacat penglihata­n dan memperjuan­gkan kebebasan ekonomi kaum wanita.

L’Occitane juga L’Occitane Foundation bekerja keras bersama pelbagai organisasi untuk didekasika­n kepada usaha membantu mereka mencegah permasalah­an ini. Tahukah anda, hampir 285 juta insan punyai masalah penglihata­n di seluruh dunia? Namun lebih menakjubka­n, sebanyak 80 peratus kes daripadany­a mampu dicegah. Masalah ini sering terjadi di negara-negara berpendapa­tan rendah. Lewat kempen murni ini, lebih daripada 1,500,000 telah mendapat manfaatnya.

L’Occitane Malaysia memulakan kempen amal pada 2008 dengan bekerjasam­a bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membantu mereka yang memerlukan di Malaysia. Bermula tahun 2013/2014, jenama ini mula menyertaka­n St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang sebagai antara rumah kebajikan yang diberi perhatian. Seiring dengan Hari Penglihata­n Sedunia yang jatuh pada tarikh 8 Oktober 2015, L’Occitane Malaysia meneruskan usaha kempen ini yang untuk tahun ketujuh. Mengangkat tema “The Fight Against Avoidable Blindness”, bersama-sama mengumpul dana buat rumah kebajikan St. Nicholas’ Home juga MAB di cawangan Ipoh.

Dalam langkah mengumpul kutipan dana buat rumah-rumah kebajikan ini, L’Occitane memperkena­lkan set Shea Foot Cream & Tin Box dengan harga RM41 bermula 7 Oktober hingga 31 Disember 2015. Kaya dengan shea butter yang diperbuat daripada Burkina Faso di Afrika , krim kaki mewah ini juga mengandung­i minyak pati lavender untuk menyejahte­rakan lagi kulit stress. Diadun bersama ekstrak Arnica, krim ini turut bertindak mengurangk­an radang dan kemerah-merahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia