GLAM (Malaysia)

REVOLUSI SATU DEKAD

Kulit mendambaka­n topikal Vitamin C untuk hasil kulit muda remaja. Kiehl’s membuktika­nnya 10 tahun yang lalu.

-

Bukan pencinta kecantikan sahaja gembira tetapi Kiehl’s juga teruja menyambut ulang tahun ke-10 produk mewah mereka, Powerful-Strength LineReduci­ng Concentrat­e daripada rangkaian Dermatolog­ist Solutions. Terjual sebanyak tiga juta botol dengan intipati formula yang cukup berkualiti menjadikan pakarpakar diseluruh dunia mencadangk­an orang ramai mengambil serum dengan asas vitamin C ke dalam rutin penjagaan anti-penuaan.

Untuk menghadiah­kan kulit cukup Vitamin C, Kiehl’s dengan inovasi formula Powerful-Strength Line-Reducing Concentrat­e dicipta dengan 10.5 peratus kepekatan Vitamin C. Kuasa kandungan Vitamin C di dalam produk ini berada di dalam formula stabil dan kekal terbaik walau telah 10 tahun diperkenal­kan. Hingga ke hari ini, produk ini membuktika­n ia bukan sahaja membantu memudarkan garis halus atau kedutan tetapi juga memulihkan tekstur kulit juga membuat wajah tampak berseri.

Mengambil masa setahun bagi menguji keberkesan­annya dengan adunan sembilan intipati. Hasil ujian testimoni diadakan selepas lapan minggu mencuba dan ramai wanita mendapati perubahan disekitar kedutan, garis bibir, garis dahi juga keseluruha­n kondisi kulit jelas terserlah.

Dengan itu, Kiehl’s melebarkan manfaat Vitamin C dengan mencipta konsentras­i khas buat bahagian mata. Powerful Strength Line-Reducing Eye-Brightenin­g Concentrat­e menunjukka­n penguranga­n garis kedutan juga lingkaran gelap pada mata. Penting untuk menjaga mata kerana ia merupakan antara yang terawal menunjukka­n kesan tua.

Lingkaran gelap di bawah mata adalah isu yang dialami hampir 139 juta wanita di dunia. Antara faktor penyebab berpunca daripada keradangan, kapilari bocor, darah terkumpul juga genetik. Tiga intipati yang cukup berkuasa di dalam dunia sains juga alam semulajadi digunakan iaitu L-Ascorbic Acid, Haloxyl juga bb v v Laural Lysine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia