Youth Revolution

GLAM (Malaysia) - - News -

Bulan ini sidang editorial GLAM bereksperimentasi dengan bidang produksi. Bukan sembarangan klip untuk hidangan digital, tetapi filem fesyen pendek hasil kolaborasi bersama dengan Coach. Cover girl April adalah aktres ternama, Juliana Evans yang melakonkan watak gadis dambaan jejaka dalam penggambaran khas yang menjadikan kisah cinta remaja sebagai plot utama. Hanya lakonan sematamata, walhal hakikatnya hati Juliana sudah ditambat oleh orang istana. Siapa dia, baca kisah bulan ini di mana Juliana akhirnya menjawab teka-teki yang sedia ada mengenai hubungan cintanya.

Dan selari dengan filem fesyen pendek bukan ini, GLAM mengenal pasti siapa lagi bintang yang menyerlah hari ini. Lalu kami mengetengahkan empat aktres muda yang kian memonopoli layar perak semasa. Janna Nick, Nadia Brian, Ramona Zamzam dan Shiqin Kamal antara jelitawan yang menjadi penyeri drama-drama bersiri di kaca televisyen masa kini. Inilah generasi yang bakal menjadi pengganti!

Saksikan filem fesyen pendek menerusi GLAM TV di laman sesawang glam.my dan saksikan juga kelibat finalis-finalis GLAM Next Face yang turut sama berlakon di samping Juliana. Bercakap mengenai pencarian model GLAM Next Face, siapakah 11 finalis dan siapa pula pemenang utama? Untuk itu, jangan lupa dapatkan isu yang akan datang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.