14

GLAM (Malaysia) - - News -

Bermula di pentas The X Factor dan kini adalah grup vokal wanita pertama mencapai satu bilion tontonan menerusi video klip mereka di Youtube. Tidak lupa juga mengukir sejarah baru di carta lagu Billboard dengan menduduki posisi pertama setelah 15 tahun ketiadaan grup vokal wanita yang berhasil meraih posisi teratas. Mengambil lokasi di Pantai Luncur Taman Hiburan Sunway Lagoon, Fifth Harmony bakal menemui peminatnya buat julung kali kala menjelajah Asia Tenggara.

Coachella

Membuka tirai kalendar festival muzik dan seni tahunan, Coachella edisi 2017 menampilkan barisan pemuzik utamanya yakni Radiohead, Beyoncé dan Kendrick Lamar. Berlangsung pada dua hujung minggu berturutturut, set pertamanya dijadualkan pada 14 sehingga 16 April dan berlanjutan pada 21 sehingga 23 April. Masih bertempat di gurun pasir, Indio, California, festival ini turut mempamerkan instalasi seni dan arca selain memperdengarkan variasi genre muzik daripada rock, indie, hiphop, dan elektronika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.