RETORIK

Masa Depan Karya Seni Halus Tanah Air

GLAM (Malaysia) - - News - AIMAN ASMAWAR

PENGASAS OX GROUP ASIA JUGA TENAGA PENGAJAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN PELAKON. AIMAN JUGA PENGUMPUL KARYA SENI HALUS DAN PERNAH MEMILIKI GALERI SENI YAKNI GALERI 69 FINE ART. SILA E- MEL PENDAPAT PERIBADI ANDA KEPADA SUZIEADNAN@BLUINC.COM.MY Angkatan Pelukis Semenanjung, dan The Wednesday Art Group. Dan Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 1950-an secara tidak langsung telah telah melahirkan anak seni watan yang mempertaruhkan hasil seni halus sebagai sumber pendapatan utama. Itulah sedikit fakta secara am mengenai salasilah kegiatan seni halus di Malaysia yang ingin saya kongsikan.

Jika ditanya pendapat saya bagaimana penggiat seni baru atau lulusan universiti dalam bidang seni halus boleh berdiri setanding dengan nama-nama mega yang sudah memonopoli pasaran fine art hingga ke Singapura, Amerika, Eropah, China, dan Spain? Jawapan saya adalah dengan menonjolkan identiti seni lukis halus mereka yang tersendiri. Its possible to build future legendary local artist from understanding and utilizing what history and our current art societies and institutions has provided us. Anda harus tahu platform yang membuka jalan untuk anda bersama komuniti yang memperjuangkan perkara yang sama.

Saya akui ia bukanlah suatu yang mudah kerana saya sendiri berada dalam bidang ini. Mungkin keunikan dan nilai tersendiri pada sesebuah karya seni boleh membuatkan masyarakat tertarik dan memahami interpretasi yang cuba disampaikan. Pilihlah galeri seni yang tepat untuk mempamerkan kerja seni anda. Dan pemahaman dalam industri perniagaan fine art adalah sangat penting. When you combine the knowledge of art business and creatives mediums, you will become independent and have evolved yourself into an art entrepreneur.

Penggiat seni halus yang baru harus lebih agresif dalam mencari lubang untuk perdagangkan hasil seni mereka. Kerana Malaysia bukanlah negara yang terkenal dengan penghasilan seni halus di mata dunia. Saya lihat ramai penggiat seni halus yang baru cepat mati semangat apabila buntu dengan pasaran jual beli yang tidak begitu menggalakkan. Kalau tidak ada kesabaran bagaimana mahu menghasilkan sesebuah karya yang penuh dengan ketulusan?

Jujurnya saya sedih kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu menghargai seni halus, tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa kerana negara kita masih terlalu muda dalam bidang ini berbanding negara Eropah. Saya sarankan Malaysia menubuhkan satu muzium sementara yang menghimpunkan hasil seni estetika penggiat seni halus. Mungkin dengan ini kesedaran untuk mendalami seni halus lebih terkesan pada masyarakat. Negara kita kaya dengan seni, kita ada batik, tarian, silat, kraftangan, jahitan, nyanyian dan banyak lagi. Kita adalah masyarakat yang penuh dengan nilai seni. Impian saya satu hari nanti kegiatan seni kita menjadi tumpuan di mata dunia. Insya-Allah.

Mengikut ramalan peribadi saya beberapa nama penggiat seni halus yang pernah mempamerkan seni lukis mereka di galeri saya yang terdahalu seperti Rafie Ghani, Izan Tahir, Faizal Suhif, Lim Kim Hai, Tuan Nini, dan Simone Tait, mereka mempunyai banyak potensi untuk terkenal melalui karya seni masing-masing yang bersifat individualistik. Tetapi mereka tidak terlalu mencuba. Itu yang saya suka. Even though young artists today tries to varies themseleves in their signature look in their art form, sometimes the focus on simplicity and exploring the depth of the simplicity is enough to create such signature art styles that would be admired by the world. Penceritaan yang disampaikan mereka melalui sesebuah karya begitu menyentuh jiwa jika direnung lama-lama.

Teruskan usaha anda untuk menjadi pelapis kepada pelukis-pelukis mega negara seperti Jalaini Abu Hassan, Latiff Mohidin, Ahmad Zakii Anwar dan Philip Wong yang berjaya membawa bakat mereka sehingga ke persada dunia sekaligus menaikkan nilai estetika seni di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.