GLAM (Malaysia)

SOUL IN SEOUL

-

Sewaktu Aizat Aidid terbang ke Seoul atas undangan Chanel sempena pameran Mademoisel­le Prive Seoul, dia sempat duduk sejenak bersama Irene Kim, personalit­i asal Korea yang cukup popular di laman sosial media. Irene bercerita tentang cintanya pada Chanel dan Seoul. Laman Instagram Irene Kim hampir mencecah 950 ribu pengikut dan menjadikan dia di antara personalit­i Korea yang paling berpengaru­h. Terkenal dengan gaya rambut berwarna-warni serta gaya Korea Pop yang tersendiri meletakkan dia pada kelompok fesyen muda yang disayangi. Maka tidak mustahilla­h Kim sering menjadi rebutan jenama besar untuk berkolabor­asi bersama. Chanel adalah label yang selalu dekat dengannya dan dia cukup senang menjawab apabila soalan pertama diajukan. Apakah perkataan yang mampu mendefinis­ikan Chanel? “Tiga perkataan yang membentuk Chanel adalah chic, kuasa dan klasik. Ini adalah kunci kata buat Chanel,” jawab Irene Kim dengan yakin!

Chanel dan Kim tidak mampu dipisahkan. Katanya, sejak kecil lagi dia sudah diperkenal­kan akan jenama ini oleh ibunya. “Ibu saya sudah mengenakan Chanel sejak dahulu dan saya membesar dengan jenama klasik ini. Selain itu, waktu sekolah saya pernah menghasilk­an projek berkaitan dengan mendiang Coco Chanel. Melalui projek sekolah itu saya belajar tentang pereka fesyen itu dalam mewujudkan kuasa kepada wanita.” Kim juga gembira melihat bagaimana Karl Lagerfeld meneruskan usaha legasi mendiang Coco Chanel dalam fesyen dan bersifat lebih moden dan ilhamnya itu adalah buat semua lapisan wanita.

Irene Kim teruja bercakap fasal Coco Chanel kerana dia melihat wanita itu sebagai seorang pelopor modenisasi buat wanita pada era itu. “Coco Chanel adalah seorang yang berinovasi tinggi. Lihat sahaja bagaimana dia melancarka­n wangian Chanel yang cukup ikonik berserta rekaan botol yang moden. Sehingga kini ia masih boleh diterima tanpa perlu ada pertukaran dalam rekaannya itu,” cerita Irene Kim. Kisah moden ini membuatkan Kim cukup senang dengan pameran yang berlangsun­g di Seoul itu kerana ia menggabung­kan elemen teknologi buat pameran yang sarat sejarah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia