GLAM (Malaysia)

CABARAN MILENIAL MEMBESARKA­N GENERAS I SETERUSNYA

Cabaran membesarka­n anak-anak hari ini nyata lebih sukar daripada apa yang digambarka­n. Jadi ibu bapa perlu bijak untuk perkembang­an yang lebih positif.

-

Jurugambar terkenal Sharif Hamza menerusi idea Carine Roitfeld menghasilk­an ilham editorial The Kids menerusi isu Vogue Paris 2011. Edisi tersebut mengundang kontrovers­i kerana dianggap sebagai memanipula­si kanak-kanak sebagai bahan fesyen. Menerusi halaman fesyen 16 muka surat itu, model kanak-kanak Thylane Blondeau disolek tebal dan disarungka­n helaian mewah lengkap aksesori serta beraksi persis model dewasa. Anak kecil dalam laman editorial fesyen ini dilambangk­an penuh glamor dan mewah – melawan arus fitrah seorang kanak-kanak normal.

Lantas ia mengundang marah serta protes banyak ibu bapa yang risau jika apa yang dipaparkan dalam Vogue Paris itu mempengaru­hi anakanak mereka. Namun itu kisah enam tahun lalu. Banyak ibu bapa risau jika pada masa depan kanak-kanak ini akan ‘ dewasa’ sebelum usia mereka. Hal ini dianggap tabu dalam masyarakat dan dipandang serius beberapa badan bebas memperjuan­gkan hak asasi kanak-kanak. Namun realiti hari ini nyata berbeza kerana ibu bapa lebih terbuka malah jika dilihat trend semasa, seawal usia setahun lagi anak-anak kecil ini sudah dimewahkan dengan helaianhel­aian serba glamor – top to toe! Dan tanpa gagal setiap looks yang dicipta oleh ibu bapa mereka ini dikongsi, dipapar secara terbuka di laman media sosial. Melalui perkongsia­n umum ini pula, kanak-kanak ini menjadi perhatian, ikutan serta mencipta kelompok penggemar mereka yang tersendiri. Dan atas tiket populariti tersebut, maka mereka dilabel sebagai the most influentia­l kids on social media. Situasi hari ini sama sekali berbeza ketika Carine Roitfeld berkongsi ilham The Kids menerusi Vogue Paris. Hari ini, tiada lagi penindasan dan hal ini tidak dianggap sebagai sesuatu yang tabu dalam masyarakat. Malah nampaknya semakin berlumba-lumba ibu bapa hari ini mahu menonjolka­n anak-anak mereka sebagai bahan tatapan umum.

OBSESI IBU BAPA, ANAK MANGSA

KEADAAN? Keghairaha­n ibu bapa moden hari ini mencipta satu budaya dan pemikiran yang jauh berbeza dengan apa yang pernah dididik generasi sebelum ini. Semakin banyak kecanggiha­n teknologi hari ini yang didedahkan, manusia menjadi semakin berani dan terbuka.

Instagram hari ini menjadi medan perlumbaan siapa paling up to date, siapa yang cepat memiliki item fesyen untuk digayakan pada anak-anak ini. Melihat budak perempuan berusia tiga atau empat tahun bergaya sakan dengan barangan berjenama bukan lagi perkara yang asing. Mereka bagai diasuh untuk ke depan bagi mendapat perhatian dengan lagak serba glamor dan mewah. Saya melihat situasi ini berlaku dalam kitaran anak-anak selebriti tempatan yang ‘ disiapkan’ hanya untuk sekeping dua posting di Instagram. Bagaikan menjadi satu budaya menunjuk yang tidak sihat. Anak-anak ini dibesarkan dengan satu harapan palsu, glamor itu masa depan dan pendidikan itu menjadi semakin kurang pentingnya kerana jika kamu popular kamu mendapat pendapatan sama banyak dengan mereka yang belajar tinggi. Lihat sahaja hari ini berapa banyak influencer yang hidup mewah dengan cara begini dan apa yang lebih menyedihka­n ramai daripada mereka meninggalk­an terus pendidikan di institusi pengajian tinggi kerana percaya gaya hidup ini mampu memberi lebih wang dan kemewahan serta masa depan yang baik. Bayangkan jika semua ibu bapa melihat Instagram sebagai lubuk mengumpul duit daripada manipulasi ini dan terus meminggirk­an pendidikan – akan adakah lagi doktor, angkasawan, guru atau pakar kewangan yang akan dihasilkan pada masa depan?

Obsesi ibu bapa dalam mendedahka­n aktiviti harian anak-anak di media sosial harus dikawal dan dipantau kerana jika salah percaturan yang akan menjadi mangsa cemuhan, hinaan dan kecaman adalah anak-anak masa depan ini yang tidak mengerti mengapa mereka dibenci.

1. KAWAL PRIVASI

Elak berkongsi lokasi di mana anda berada bagi mengelakka­n hal yang tidak diingini terjadi. Anda boleh mengawal tetapan di setiap akaun sosial media jadi pilihan semua di tangan ibu bapa sama ada mahu berkongsi atau sebaliknya.

2. PENGIKUT TERTENTU

Anda boleh menetapkan akaun sebagai privasi peribadi. Dengan cara ini sahaja anda boleh mengawal siapa yang mengikut akaun media sosial. Tidak perlu berkongsi dengan semua orang sekalipun anak anda sudah bergelar selebriti kecil.

3. QC GAMBAR SEBELUM POSTING

Setiap hantaran yang dilakukan harus ditapis terlebih dahulu sebelum anda memuat naik. Fikirkan baik buruk – letakkan diri anda sebagai pengikut dan tanya pada diri apa respons yang akan anda berikan jika anda melihat hantaran atau posting tersebut.

4 . JANGAN RE S P ON HATER S !

Risiko menjadi kanak-kanak yang popular di media sosial sudah tentu sahaja akan ada yang tidak senang dengan anak anda. Jika ada yang menyumbang komen negatif, elak respon dan terus buang komen tersebut. Anda juga mempunyai pilihan untuk menutup ruang komen.

5 . JAGA PR I VA S I ANAK

Ya benar anak kecil anda tidak faham apa pun yang terjadi pada mereka tetapi anda sebagai ibu bapa harus ingat mereka juga perlukan privasi sendiri. Gambar-gambar yang dimuat naik itu adalah apa yang akan mereka lihat apabila mereka besar nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia