GLAM (Malaysia)

Apabila Bauan Cipta Impak Pada Mood

- OL EH SUZIE ADNAN

Sejak kebelakang­an ini, tanpa disedari, semakin ramai yang berminat dengan haruman – bukan pewangi – tetapi bauan yang mampu membangkit­kan mood atau perasaan tertentu. Ia mungkin kesan daripada masyarakat masa kini yang semakin gemar pada sesuatu yang lebih menjurus kepada gaya hidup, namun tidak juga boleh disangkal keupayaan haruman-haruman alternatif ini yang dikatakan boleh memberi ketenangan, menghilang­kan tekanan serta ‘merawat’ mood seseorang. Implikasi kepada pertukaran mood boleh juga membawa impak besar kepada kehidupan seseorang dan ada kalanya memperbaik­i tahap kesihatan kepada yang lebih baik. Tentunya konteks ini diambil daripada perspektif psikologi dan sebagi contoh, essential oil atau minyak pati mampu bertindak sebagai mood adjustment.

Ya, ramai yang semakin berminat dengan minyak essential tatkala testimoni mengenainy­a memang kerap didengar. Ini memang suatu fenomena yang menerima banyak komentar positif berdasarka­n pengalaman peribadi para pengguna serata dunia. Apa yang membuatkan minyak essential ini begitu popular?

Secara amnya, pati haruman ini dikatakan mampu memberi ketenangan serta merta dengan mencalit sedikit minyak lavender, chamomile atau peppermint pada bahagian tubuh tertentu. Dan daripada segi kecantikan wanita pula, manfaat minyak essential memang banyak. Dari memulihkan mood sewaktu PMS hingga ke menopaus, dari meredakan stres sampai ke rutin detoks.

Minyak lavender membantu mereka yang kerap mengalami insomnia, hanya perlu beberapa titis di atas bantal. Guna minyak essential yang diadun dengan losen tanpa pewangi dan rasai pengalaman urutan bagai terapi di spa. Mandian detoks dalam tab dengan airnya dilarutkan bersama garam laut serta minyak lavender dan jika anda peminat sauna, hanya perlu dua titis minyak ke dalam airnya untuk distim. Minyak eucalyptus pula bagus untuk merendam kaki dalam air suam bersama potongan lemon.

Ada betulnya apabila orang kata, kecantikan itu datang dari dalam. Bila hati tenang dan memiliki aura positif, seri akan menyerlah ke raut wajah. Saya sendiri baru pertama kali mencuba essential oil Young Living dan membuka difusernya tanpa henti. Saya mahu rasai sendiri dimanakah kebenaran testimoni yang didengar. Apakah ia benar betul atau sekadar di minda sahaja!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DYPTIQUE
DYPTIQUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia