ANITA AZIZ
Anita Aziz sudah mengharungi dunia peragaan hampir 26 tahun. Wanita ini mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan pada 1991. Atas desakan teman-teman, dia memasuki pertandingan Most Promising Models pada 1991 dan berjaya bergelar juara. Menurutnya model pada era itu bekerja di bawah agensi. Tetapi dia adalah satu-satunya model bergerak secara solo sehinggalah ke hari ini. Pada 1997, dia memenangi Malaysia Ford Supermodel of The Year. Sejurus selepas kemenanganya itu, dia terus dihantar ke Miami untuk membuat pertunjukan. Dan sehingga ke hari ini masih aktif dalam dunia peragaan dengan imej berhijab. KEMEJA DAN SKIRT KULIT MICHAEL KORS COLLECTION, SARUNG TANGAN GIVENCHY DAN TUDUNG NAELOFAR