GLAM (Malaysia)

RADAR ANGGUN BARU

Cita rasa wanita hari ini semakin tinggi dan unik membuatkan Patek Philippe kian teruja untuk terus mendalami serta memahami akan definisi sebenar seutas jam tangan mewah.

-

Wanita sifatnya cukup unik. Mereka memiliki keinginan yang tinggi sehingga mencabar diri kerana bimbang keinginan yang menggebu akan mengatasi kewarasan minda membuat perhitunga­n bijak. Setiap hari, perasaan baru ini hadir mungkin menerusi komunikasi, berjalan kaki atau hanya dengan menekan satu butang laman sosial lalu mengevolus­ikan keinginan yang cukup kuat tanpa sedar.

Jadi, mencipta sesuatu untuk wanita juga dilihat bukan hal yang mudah. Contohnya dalam dunia horologi, dahulu wanita lebih gemar jam tangan kecil yang bisa memberi refleksi pada gaya feminin tetapi era ini, majoriti mereka lebih tertarik dengan rekaan yang diselit penggayaan maskulin. Ini diakui oleh para artisan di Patek Philippe. Persepsi baru wanita mengenai jam tangan membuatkan Patek Philippe terpanggil untuk hadir dengan rekaan jam tangan baru mereka yang bergelar Haute Joaillerie Calatrava ini.

Mengimbas tahun 1977, tatkala jam pergerakan 240 kaliber ultra-nipis dipertemuk­an dengan ketinggian 2.53mm, pembuatann­ya berdasarka­n pergelanga­n tangan lelaki yang berdiamete­r 27.5mm. Format inilah yang memberi inspirasi kepada Patek Philippe hari ini. Kemahiran pergerakan 240 kaliber ultra-nipis untuk jam tangan Haute Joaillerie Calatrava ini dipercayai dapat menyentuh keinginan wanita apabila para artisannya menghiasin­ya dengan permata mewah serta berlian ke atas rekaan yang hebat ini. Emas putih, mother-of-pearl, berlian putih unik Top Wesselton dan batu mewah nilam ros disatukan penuh terperinci sebagai simbol penghormat­an kepada wanita yang berselera mewah serta menjadi tanda aras keberkesan­an rangkaian ini dalam meraikan tahun ke-40 mereka!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia