RETORIK

Bahagian 2: Lelaki

GLAM (Malaysia) - - Contents - DATIN SHARIFAH SHAWATI SYED MOHD

KEPADA SUZIEADNAN@BLUINC.COM.MY ADALAH PAKAR MOTIVASI IMAGE COACH DAN NLP PRACTITIONER. SILA E- MEL PENDAPAT PERIBADI ANDA kalah dengan kata-kata manis yang sememangnya ingin didengar. Maka lelaki yang bersifat ‘player’ seperti di atas amat mahir tentang kelemahan ini. Lazimnya strategi ini adalah ‘makanan’ harian kepada lelaki jenis ‘player’ ini dan sebenarnya mereka lebih ‘ fun’ to be with tetapi ini tidak bermakna mereka akan mengambil seseorang gadis itu lebih serius dari yang lain.

Anda perlu ingat ini, lelaki yang betul betul ingin mengenali seseorang wanita akan merancang pertemuan dan mengambil kira masa terluang kedua-dua belah pihak dan bukan hanya waktunya. Dia harus memberi keutamaan kepada waktu wanita itu dan akan ikut sahaja kemahuan wanita tersebut. Dia tidak akan membuat wanita itu tertunggu tunggu teks mesejnya dan akan text setiap hari atau paling tidak selang sehari untuk menanyakan khabar walaupun tidak berjumpa. Tak perlu untuk anda memikirkan alasan untuknya.

Senario di atas adalah contoh yang boleh dianggap ‘threats signs’ atau ‘ bendera merah’ untuk membuat keputusan yang wajar untuk tidak meneruskan hubungan yang serius.

Lelaki tidak suka pada wanita yang terlalu emosi dan menunggu perhatian mereka. Mereka akan beri perhatian apabila mereka mahu dan tidak perlu menunggu. Jangan jadikan seorang lelaki itu ‘priority’ anda. Priority anda adalah diri anda sendiri, keluarga anda, kerjaya dan rakan anda.

So jika mereka boleh lakukan speed dating maka wanita juga boleh. Buat ramai kawan dan tidak semestinya perlu jadi boyfriend istimewa. Apabila sudah serius dan terjalin satu ikatan maka masa itulah dia boleh dijadikan antara priority dalam hidup anda. Tetapi sebelum itu gunakan strategi ‘ distancer’ seperti yang mereka gunakan dan percayalah mereka yang menunggu anda bukan anda yang menunggu mereka!

Antara komen yang pernah dikongsi oleh teman teman rapat yang bernama lelaki pada saya ialah mereka sukakan: 1. Unpredictabillity and spontaeneity 2. Creating the rules for the purpose of breaking them (membuat peraturan hanya untuk dilanggar kemudian) 3. Not calling (tidak menelefon) 4. Using sexy words (menggunakan perkataan yang menghairahkan tetapi tidak melakukannya) 5. Memberi harapan untuk dipikat. Saya ingin syorkan buku yang saya baca yang begitu menarik sekali yang ditulis oleh penulis lelaki yang dahulunya juga pernah menjadi ‘player’. Dia berkongsi pendapat seorang player dari aspek bagaimana lelaki berfikir. ‘The Manual’ ditulis oleh Steve Santagati.

Wanita di anugerahkan satu kelebihan kuasa dan daya memujuk. Ia tidak boleh digunakan sewenang wenangnya kerana dikhuatiri akan menjadi keterlaluan. Lelaki pula selalunya akan lemah dengan pujukan apatah lagi jika ia dilakukan dengan cara yang lembut.

Walaupun dalam mempraktikkan ‘pujukan’ seorang wanita itu juga perlu tengok keadaan dulu. Fikir sama ada waktu itu sesuai atau tidak dan keadaan sekelilingnya juga memainkan peranan dalam mempengaruhi lelaki itu. Timing is everything. Jangan nampak desperate. Kawalan emosi yang bagus memainkan peranan. Gunakan suara yang lembut untuk mencorakkan bahasa yang halus. Tapi awas riak wajah jangan stres atau nampak marah jika jawapan mereka agak annoying. Senyum dan cuba lain kali. Insya Allah jika sering dipratikkan lama kelamaan mereka akan tunduk dengan kemahuan anda.

Jika ingin belajar selanjutnya, tunggu buku yang akan saya terbitkan tidak lama lagi mengenai taktik taktik berguna dalam perhubungan lelaki dan wanita untuk menjalin kesejahteraan supaya kedua species ini akan saling memahami antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.