GLAM (Malaysia)

YOUR NEW SELFIE ALLY

Teint Idole Ultra Wear oleh Lancome bedak asas sempurna buat wanita.

-

Bagi peminat dunia solekan, bedak asas merupakan item penting dalam beg solek mereka. Setiap wanita punya ton kulit yang berbeza-beza, lantas dengan hadirnya Teint Idole Ultra Wear oleh Lancome ini, ia bagaikan satu magis yang mampu memenuhi setiap ton yang berbeza. Bagi merayakan 20 tahun koleksi bedak asas ini, Lancome telah menghasilk­an 25 warna ton kulit bagi melengkapk­an lagi keperluan semua wanita tanpa mengira warna kulit malah ia kekal berpanjang­an. Kulit halus bak baldu. Paling penting, koleksi Teint Idole Ultra Wear yang baru ini diperkaya dengan formula liputan yang lebih sempurna.

Menariknya juga, koleksi Teint Idole Ultra Wear baru ini memberi peluang pada wanita menjadi lebih kreatif. Palet bedak asas yang pelbagai rona daripada terang hingga gelap ini bisa dicampurka­n untuk mencipta elemen yang dramatik. Lebih-lebih lagi dengan aktiviti wanita sekarang, maka bedak asas Teint Idole Ultra Wear memberikan kemasan yang elegan serta boleh bertukar dengan palet yang berbezabez­a. Teint Idole Ultra Wear juga hadir dalam botol baru yang menampakka­n rona sebenar setiap bedak asas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia