FANTASI

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam -

Giorgio Armani mendongak ke awan biru untuk mencari idea bagi himpunan adibusana musim bunga 2018. Langit biru yang damai itu seakan meminjam idea kepadanya untuk gubahan lebih lembut berserta sorakan rona feminin yang digunakan bagi himpunan adibusana Armani Prive. Perubahan awan dan langit juga membuahkan idea pada seni teknik lisu yang dipraktikkan serta olahan fabrik yang direka khas buat himpunan ini. Ceraian jaket daripada material kulit mewah turut dihasilkan musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.