ANATOMI BARU JAM TANGAN MEWAH

Richard Mille melangkah pantas dan kali ini turut memasuki alam barang kemas mewah. RM71-07 Automatik Tourbillon Talisman diabadikan dalam jasad teknologi ultra dan pertukangan tertinggi dengan hiasan lebih halus.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Terbaru, Richard Mille memperkenalkan RM71- 01 Automatic Tourbillion Talisman yang memaparkan pergerakan tourbillon automatik. Jam ini turut merangkumi kehendak wanita kini yakni hiasannya berlandaskan ciri-ciri kewanitaan. Menggabungkan tourbillion automatik baru yang lebih nipis, prestasi ultrahigh justeru dipertingkatkan kemewahannya dengan berlian berkilau, ibu mutiara, oniks dan safi r hitam. Sebanyak sepuluh variasi diadun dalam teknologi tinggi ini disuntik kemewahan arca hias yang unik, lebih halus lantas menonjolkan kekuatan kepada laman dail yang direka unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.