GO TO EXTREME!

Sentuhan keanggunan penampilan bibir dalam solekan mampu memberi kesan dramatik dan mencuri tumpuan.

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Bukan hanya layangan pembayang mata yang dapat menambah karakter dalam solekan wanita, malah sentuhan gincu yang bermain dengan rona-rona pilihan juga dapat menaikkan makeup look seseorang. Buat anda yang ingin tampil lebih playful dan stand out untuk detik istimewa mahupun hari-hari biasa, ayuh serlahkan personaliti fantastik dengan koleksi edisi terhad Full Vinyl Lip Lacquer dari Nars. Diperkaya dengan Vitamin E dan memiliki formula yang ringan serta licin, olesan gincu bertekstur krim ini dapat memberikan hasil berkilau dengan kelembutan salap bibir yang mempersona.

Hanya satu olesan sahaja, pigmen mewah koleksi Full Vinyl Lip Lacquer dapat membasahi bibir mungil dengan liputan penuh menggunakan aplikator rekaan unik yang bisa digunakan keduadua belah bagi melancar, menggaris dan mengukir bentuk bibir. Seleksi 10 rona ultra daripada koleksi ini ternyata dapat memberi tarikan mengagumkan buat wanita moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.