KLFW 2018: ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Demam minggu fesyen datang lagi dengan pementasan KLFW 2018 tidak lama lagi. Kesemua pereka fesyen tempatan terhebat bakal mementaskan koleksi terbaik mereka dan nantikan set paling bergaya Malaysia bertemu di lokasi paling bergaya, mana lagi jika bukan P

GLAM (Malaysia) - - Jul - OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR K L FW

Setiap tahun, lebih dari 150 ribu manusia memenuhi ruang Pavilion KL untuk menyaksikan ilham terkini para pereka fesyen tanahair. Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali untuk tahun keenam dan ruang legar Pavilion KL bakal bergegar lagi dengan pertunjukan fesyen tanpa henti dari 8 hingga 12 Ogos nanti. Lima hari yang penuh dengan stail dan glamor, KLFW yang bakal berlangsung juga menjanjikan lebih banyak kelainan untuk sebuah keramaian fesyen yang tidak akan anda lupakan!

Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Atelier Fitton, Fiziwoo, Nurita Harith, Fazura, Kavita, Mimpikita, Innaired, Afiq M, Syomirizwa, Cassey Gan serta Nerd Unit antara nama-nama besar yang bakal mementaskan koleksi terbaru mereka di pentas KLFW. Saban tahun, pereka-pereka fesyen tempatan tidak pernah gagal untuk memberi kejutan dengan trendtrend terhangat serta idea-idea segar. Sungguh mengujakan kala KLFW akan datang dikhabarkan lebih menarik dengan pengenalan beberapa projek baru.

Antara perkara baru yang diketengahkan KLFW tahun ini adalah sokongannya terhadap sustainable fashion yang memenuhi etika alam semulajadi. Anda bakal menyaksikan jenama seperti Projek Jahat serta Sean & Sheila yang mengangkat idea ini. Selain itu, setiap orang diajak untuk turut serta memuat naik stail harian anda sewaktu KLFW dengan tag istimew a #IGotStyle. KLFW juga menunjukkan sokongannya terhadap industry tekstil negara apabila ianya menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan yang dijemput ke Buckingham Palace untuk Commonwealth Fashion Exchange, menyampaikan hasratnya untuk memberi sokongan padu pada bakat fesyen di 53 negara Commonwealth menerusi pengaruh fesyen sedia ada. Salah satu usaha murninya adalah melalui pelancaran majalah digital, Edition KLFW yang akan menyentuh semua aspek kehidupan bergaya masa kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.