GLAM FESYEN

GLAM (Malaysia) - - Jul - OLEH YANA BAHARUDIN

Ikonik, glamor dan redefined. Tiga guideline menghuraikan gaya alter- ego wanita kini biarpun dalam persalinan kasual. Ceraiannya sedikit dramatik dengan lengan puff yang menjerit warnanya seperti rekaan Stella McCartney. Sarungkannya dengan skirt jenama high rank, Balenciaga. Bahagian dada yang terdedah tampil seksi dengan kalungan coker Louis Vuitton emas putih dan emas merah yang menebar nafas punk mewah. Serikan dengan riasan warna kuku metalik Nails Inc London dari Sephora, wajah pula dibiarkan togel hanya dicalit Tatourage Couture 15 rona Violet Conviction YSL Beauty di bibir dan ukiran garisan mata tebal serta lentik oleh eyeliner Stylo NARS. Jinjingan minaudière Chanel serta kasut tumit Dior ini pasti akan menyempurnakan gaya lalu menyihir mata yang memandang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.