SUMBER KECANTIKAN DARI ISI BUMI

Rahsia alam yang tersimpan jauh di dalam perut bumi menjadi bahan kandungan utama produk kecantikan kulit, Omorovicza. Suzie Adnan ke Budapest bagi mengenali dengan lebih dekat jenama mewah ini.

GLAM (Malaysia) - - Jul - Teks SUZIE ADNAN Gambar OMOROVICZA

Mahu menyebutnya sahaja, pada peringkat awalnya, agak sukar. Berkali-kali saya berlatih menyebutnya agar tidak tersasul. Namun saya tahu yang jenama Omorovicza adalah penting, bukan calang-calang jenama. Keberkesanannya sudah lama saya dengari dan kini saya berpeluang untuk mencubanya sendiri.

Kensapothecary adalah pengedar jenama itu di Malaysia dan jemputan mereka untuk menemubual pasangan pengasas Omorovicza di Budapest pastinya tidak saya lepaskan. Ya, apabila kebanyakan produk kecantikan Eropah datang dari Paris, Omorovicza pula diasaskan di Budapest. Apakah keistimewaan ibu negara Hungary itu

Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang bumi Hungary itu kaya dengan mineral. Di setiap sudut negara itu anda pasti akan menjumpai hotspring dengan pelbagai kandungan mineral yang membawa beraneka jenis manfaat. Sebelum mendengar mengenai kisah Omorovicza, saya sudah lama tahu akan keberkesanan tanah liat ke atas kulit manusia. Al kisahnya, banyak penyakit kulit dapat dirawati menggunakan

tanah liat malah anda juga boleh berendam dalam kolam air panas semulajadi sebagai salah satu cara rawatan dengan priskripsi doktor tempatan yang bertauliah!

Berbalik kepada Omorovicza, saya berpeluang berkenalan dengan pasangan suami isteri yang bertanggungjawab melahirkan sebuah jenama mewah yang serba luar biasa ini. Stephen de Heinrich de Omorovicza yang sememangnya berdarah aristrokat di Hungary, bersama isterinya, Margaret mula mengasaskan jenama kecantikan tersebut pada 2006. Keluarga Stephen pernah memiliki salah satu rumah mandi di Budapest dan bersama isteri, mereka mendapat ilham untuk mengguna pakai kelebihan alam ini untuk manfaat kecantikan dalam bentuk produk.

Omorovicza mendapatkan kandungan utamanya dari perut bumi. Isinya yang berusia lebih 2,000 tahun, terkandung air termal kaya mineral yang mana cukup bagus buat kulit. Hasil kaji selidik pula dilakukan di makmal yang pernah menerima anugerah Nobel.

Inovasi di Omorovicza cukup hebat. Bayangkan rangkaian produknya tidak mengandungi paraben, silikon, warna sintetik dan lain-lain bahan yang membahayakan. Maka tidak hairanlah jikalau harga Omorovicza agak tinggi berbanding produk-produk kecantikan mewah lain. Itulah harganya untuk maendapatkan yang terbaik!

REVIVING EYE CREAM

SUZIE ADNAN BERSAMA PENGASAS OMOROVICZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.