TURN OVER A NEW LEAF

Atasi masalah penuaan hanya dengan sapuan masker, kulit anda lebih anjal dan lembut dalam masa semalaman!

GLAM (Malaysia) - - Jul - Teks SYA BUSTAMAM Gambar KIEHL’S

Terbaru, Kiehl’s hadir dengan Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask yang diperkaya dengan dua bahan semulajadi yakni ekstrak daun halia dan benih bunga raya. Masker ini mampu memberi efek keanjalan dan kelembutan pada kulit wajah dalam masa semalaman. Cocok buat semua jenis kulit, masker ini dirumus bagi mengurangkan garisgaris halus muka dan kedutan serta mencegah tanda-tanda penuaan bagi meningkatkan keanjalan untuk kulit kelihatan lebih muda. Teksturnya ringan dan lembut bak baldu memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Masukkan ia ke dalam regimen penjagaan kulit harian sebagai pelengkap wajah yang sempurna. Bebas paraben, Ginger Leaf & Hibiscus Firming Mask disempurnakan lagi dengan aroma minyak pati bagi efek menenangkan. Membantu menghidrasi kulit anda daripada dalam, kompleksi muka lebih berseri dan tampak muda keesokan paginya!

CARA PENGGUNAAN

• Pastikan wajah dicuci dengan bersih

• Selepas penggunaan toner dan serum

• Urut perlahan-lahan dalam gerakan ke atas sehingga mask meresap ke dalam kulit muka

• Biarkan semalam dan cuci bersih wajah keesokkan harinya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.