MAGIS DIOR

Harum wangian tidak tertumpu pada wanita sahaja namun pria juga perlukan aroma haruman bagi membangkitkan keyakinan diri.

GLAM (Malaysia) - - Jul - Teks SYA BUSTAMAM Gambar JEAN- BAPTISTE MONDINO

Dior kini tampil dengan wangian terbaru, Sauvage yang sememangnya dicipta berlaraskan sumber alam. Kesegarannya menakluk dunia bak kepantasan kilat yang menyabung dan kali ini aromanya menebar magis yang mewarnai langit senja membangkitkan aroma muka bumi. Inspirasi oleh mitos Magic Hour, pencipta haruman Dior, François Demachy mencipta Eau de Parfum dengan hembusan misteri bagi menambah karakter baru buat wangian Sauvage.

Bagi tahun 2018, Sauvage hadir dalam versi Eau de Parfum yang baru dengan kepekatan aroma membawa ke dalam mendedahkan aspek baru. Ia mengekalkan banyak nota asli namun memancarkannya dengan aroma lebih hangat seperti campuran bunga lawang, buah pala, calabrian bergamot, ambroxan dan lada sichuan merah jambu mencipta aroma intense wangian ini. Bagi memercikkan aksen sensual, kemanisan vanila Guinea New Guinean disatukan bagi kekuatan aroma dramatik dan efek semerbak cocok buat kesempurnaan sang pria.

Kempen wangian Sauvage turut menampilkan pelakon tersohor Hollywood iaitu Johnny Depp yang cukup sinonim dengan watak gelap dan misteri bersesuaian dengan visual lebih gelap wangian ini.

KEMPEN WANGIAN SAUVAGE MENAMPILKAN JOHNNY DEPP YANG CUKUP SINONIM DENGAN WATAK GELAP DAN MISTERI BERSESUAIN DENGAN VISUAL LEBIH GELAP WANGIAN INI. IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA PELAKON KELAS A TERSOHOR HOLLYWOOD INI.

1.Apakah perasaan anda menjadi wajah kempen wangian Sauvage yang merentasi serata dunia? Tentu sekali teruja dan selama menjayakan kempen ini ia banyak memberi pengalaman positif kepada saya. Walau bagaimanapun agak janggal taktala memandu dan ternampak wajah saya pada poster di pinggir jalan. That’s a little trippy but I’m very glad I did it, I hadn’t done anything like it before. 2.Adakah imej Sauvage yang dicipta Dior dan Jean-Baptiste Mondino melambangkan karakter anda? Boleh dikata apabila JeanBaptiste Mondino memerhati, beliau akan menilik sisi karakter seseorang dan memupuk pembentukkan individu yang mempunyai karakter menarik atau dapat memberi inspirasi. Serigala yang dapat dilihat dalam kempen itu umpama figura tunggal seperti saya di mana sebahagian daripada diri saya butuh akan momen sendirian. I like to stay back a little, hang in the shadows and prefer being in the dark. Jadi itu adalah sisi diri saya yang dapat diketengahkan oleh Mondino. 3.Boleh cerita bagaimana pengalaman bersama Dior bermulanya dari padang pasir sehingga kini? Ia merupakan kali pertama bagi saya melakukan pengambaran di lokasi seperti itu dan ternyata ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semua pihak yang terlibat juga banyak membantu dan menjadikan ia satu pengambaran yang luar biasa serta mengagumkan. Turut terpesona dengan keunikkan idea Dior menjual wangian as it was not formulaic, there was no pretense. Semuanya mengenai kebenaran dan kepercayaan. 4.Lazimnya wangian Eau de Parfum adalah versi yang lebih kuat daripada Eau de Toilette namun kali ini pencipta haruman Dior, François Demachy mereka komposisi sepenuhnya bagi memberi Suavage Eau de Parfum keseimbangan yang berbeza, lebih mendalam serta tambahan nuansa. Apakah pendapat anda kala mengidu aroma Sauvage? Aroma terbaru ini adaalah satu kejayaan di mana ia lebih primitif dengan gabungan oriental dan nota woody. It conjures the image of a longawaited arrival for the diligent alchemist, exhausted yet liberated from his mortar and pestle. Ia hadir seperti yang dinginkan dan membuat saya kagum akan kesenian dalam mencipta aroma Sauvage yang unik dan mendambakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.