SYURGA DERIA

JIKA SECANGKIR KOPI BOLEH MEMBUAT ANDA BAHAGIA SEPANJANG HARI, NESPRESSO MAMPU MEREALISASIKANNYA. SELAIN MENIKMATI PENGALAMAN SENSORI PREMIUM, ANDA JUGA AKAN JATUH HATI DENGAN LAYANAN EKSKLUSIF DI BUTIK BAHARU PERTAMA NESPRESSO DI MALAYSIA.

GLAM (Malaysia) - - Istimewa Nespresso -

Perkhabaran pembukaan butik berkonsep baharu pertama seumpamanya oleh Nespresso yang bertempat di pusat beli belah The Gardens, Mid Valley City, Kuala Lumpur pastinya menjadi alasan utama anda tersenyum.

Konsep unik ini mendapat sentuhan istimewa pereka seni bina pemenang anugerah dan amalan reka bentuk dalaman, Universal Design Studio yang diasaskan oleh Edward Barber dan Jay Osgerby. Pada saat anda melangkah masuk, ruang kontemporari serta persekitaran yang moden mencerminkan komitmen Nespresso yang mendalam terhadap kelestarian dan pematuhan semula jadi dan berfungsi mengurangkan sisa. Segala-galanya diilhamkan daripada elemen kopi, ke jubin lantai sehinggalah pencahayaan di dalam butik. Terdapat juga ruang hijau yang subur dengan tumbuhan kopi, rimbunan dan pokok teduh persis ladang kopi yang merupakan sebahagian daripada program Nespresso AAA Sustainable Quality™.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.