DESTINASI BARU MADRID

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Jika anda ke Madrid nanti, jangan lupa singgah ke butik terbaru Bottega Veneta di Calle de Serrano, 70 di “Milla de Oro” (Golden Mile). Di sini juga terkenal sebagai destinasi beli belah mewah di Sepanyol. Butik dua tingkat berkeluasan 559 kaki persegi ini memuatkan rangkaian terbaru himpunan lelaki dan wanita termasuklah ready-to-wear, beg tangan serta aksesori lain. Bahagian depan bangunan menyimbah rasa rekaan klasik dengan mengekalkan reka bentuk bangunan tahun 1930 yang menampilkan pintu kayu utama dan balkoni besi tempa di tingkat atas. Susun atur dan dekorasi bahagian dalam yang cukup mewah ini diilhamkan sendiri oleh Pengarah Kreatif, Tomas Maier yang berkonsepkan cahaya dan ruang sebagai estetik utama dan secara langsung ia mewujudkan rasa intimasi sewaktu membeli belah. Meja oak, dinding Marmorino berona suede buatan tangan serta permaidani bulu asli New Zealand membuatkan butik lebih berjiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.