7 PRODUK MESTI CUBA

GLAM (Malaysia) - - Nota Cantik -

THERMAL CLEANSING BALM Teksturnya kental berwarna kelabu. Namun kala disapu pada kulit muka, ia menyerap lembut dan sungguh menyegarkan. Salap istimewa ini memiliki banyak mineral kompleks yang asalnya dari Hungarian Moor Mud. Ia berkeupayaan untuk membersihkan kulit dan dalam masa sama kulit melalui proses detoks. Cara mewah membersihkan muka, lebih bagus tatakala ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Thermal Cleansing Balm juga boleh membantu membuang solekan dengan mudah termasuklah mascara. Kompleksi wajah muncul lebih lembut, lembap dan bercahaya. QUEEN OF HUNGARY MIST Semburan muka ini cukup popular dikalangan rangkaian produk Omorovicza. Segah namanya, Queen of Hungary Mist ini menyegarkan kulit wajah dengan semburan wangi bunga ros dan neroli. Ia adalah toner yang disembur selepas mencuci muka ataupun di kala anda memerlukan sedikit kesegaran pada kulit muka. Produk popular ini diinspirasikan daripada haruman pertama direkodkan di dunia iaitu Queen of Hungary Water. Ia adalah sebuah formula istimewa yang dicipta khas buat Permaisuri Elisabeth dari Hungary pada abad keke-14. A quick spritz of this neroli and rosescented sc face mist refreshes the skin and lifts the th spirits… Purifying and hydrating, this toner was w inspired by the Queen of Hungary Water, the world’s first recorded perfume, formulated for Queen Elisabeth of Hungary in the 14th century. Perfect for a midday pick-me-up or as a post-cleanse toner. CLEANSING FOAM Jika ingin dipilih hanya satu, ini mungkin produk kegemaran saya. Cleansing Foam berwarna biru, teksturnya berketul dan tatkala wajah mulai dicuci, buihbuih segar muncul dan tektur unik pencuci muka ini membuatkan urutan wajah begitu mengasyikkan! Jelas sekali ia membuang kekotoran pada kulit dengan begitu berkesan dan dalam masa ia tetap mengekalkan kandungan kelembapan pada kulit. ACID FIX Dalam seminggu, anda boleh menggunakan Acid Fix sebanyak dua hingga tiga kali. Ia lembut dan tidak memudaratkan kulit. Malah keupayaannya yang multi-purpose menjadikannya antara produk wajib dimiliki. Acid Fix mampu mencerahkan kulit selain menampakkannya lebih anjal dari biasa. Ia juga membantu mengurangkan kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari, pencemaran dan kesan jerawat. Isi kandungannya adalah asid AHA serta BHA yang sememangnya terkenal dengan keupayaan merubah tekstur kulit dengan berkesan. BLUE DIAMOND CONCENTRATE Produk ini antara yang paling eksklusif dalam rangakaian penuh Omorovicza. Blue Diamond Concentrate memiliki pati yang datang dari perut bumi yang kaya mineral. Ia lembut pada kulit dan menaikkan seri muka secara sertamerta selain memperbaiki elastik kulit serta mengurangkan kedutan di muka. OXYGEN BOOSTER Setiap orang memerlukan produk ini. Selalunya kita harus ke klinik dermatologi untuk menghembus oksigen pada kulit wajah. Namun dengan adanya Oxygen Booster dari Omorovicza ini, kulit anda yang letih mampu tampak bertenaga hanya dengan sapuan produk ini di rumah. Teksturnya yang seperti jel, tampil menyejukkan sebaik mengena kulit. Ia menyampaikan molekul oksigen masuk ke dalam kulit lantas membantu kulit tampak lebih muda. Wajah menjadi anjal dari selalu dan kedutan juga berkurangan apabila otot wajah beransur relaks hasil urutan menggunakan Oxygen Booster. MIDNIGHT RADIANCE MASK Saya sememangnya jatuh cinta pada rangkaian pupur yang dihidangkan oleh Omorovicza. Sukar untuk memilih yang mana satu paling bagus kerana setiap satu memberi kesan positif yang mengesankan. Midnight Radiance Mask ini saya pakai semalaman jikalau hari esoknya ada acara istimewa. Ini cara saya prep wajah dalam cara paling praktikal. Sebelum tidur, pupur bertekstur jel ini disapu pada keseluruhan wajah dan formulasinya yang mantap akan membantu mencerahkan wajah selain menaikkan seri. Kandungan aktifnya terdiri dari Salicylic Acid dan Sand Lily yang begitu lembut pada kulit. Ia memperbaharui sel-sel mati dan membantu melawan pigmentasi. Midnight Radiance Mask cukup berkesan dalam melawan discoloration yang degil. Selain itu, ia menjanjikan tona kompleksi yang sekata dengan kawalan hirdasi secara berkesan.

THERMAL CLEANSIN CLEANSING BALM

BLUE DIAMOND CONCENTRATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.