GEMERLAPAN FESTIVAL KESENIAN

GLAM (Malaysia) - - Glam Santai -

Sepanjang 23 hari, siang dan malam, acara terbesar Australia ini akan mengubah bandar menjadi pertunjukan berwarna warni mencakupi iluminasi, bunyi sensasi dan pemikiran kreatif mulai 25 Mei hingga 16 Jun 2018. Detik ‘ lights on’ (‘nyalaan cahaya’), menandakan bermulanya festival, menyaksikan semua mata tertumpu pada panggung Opera Sydney untuk Lighting

of The Sails, dicipta tahun ini oleh artis Australia yang memenangi anugerah, Jonathan Zawada serta menonjolkan arca digital fantastik merangkumi objekobjek harian dan spesimen semula jadi yang berevolusi, lenyap dan menjelma.tahun ini, cahaya bersinar terang pada setiap malam di sembilan presint seluruh Sydney termasuk Barangaroo, Chatswood, Circular Quay, The Rocks, Pelabuhan Darling, Kings Cross, Taman Botani Diraja Sydney, Zoo Taronga dan buat julung kalinya, Taman Luna. Festival cahaya, muzik dan idea Vivid Sydney adalah festival terbesar seumpamanya di dunia dan merupakan acara terbesar di Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.