MEMO FESYEN

GLAM (Malaysia) - - Ogos - OLEH AIZAT A IDID

Dior, Gucci, Louis Vuitton atau Chanel adalah jenama komersial dan label mewah itu dikenali hampir setiap orang. Walaupun ada yang tidak mampu memilikinya, namun nilai jenama itu tetap kuat mempengaruhi pasaran. Mungkin kerana mahu rasa yang lebih eksklusif, banyak jenama berselera privasi dan kecil mula muncul untuk mendominasi dunia pasaran barangan mewah. Jenama kecil namun ramai pengikutnya ini mencerminkan trend fesyen sekarang yang tidak lagi bergantung pada jenama besar dan tanda harga yang mahal. Pembeli lebih gemarkan jenama kecil dan tidak kisah langsung berbelanja lebih untuk mendapatkan item daripada cult ini. Antara jenama cult fesyen yang menjadi pesaing utama buat jenama besar termasuklah Gosha Rubchinskiy, Off-White oleh Virgil Abloh ataupun Vetements.

Setiap kali barang baru dikeluarkan oleh jenama cult ini, pastinya semua terjual dalam masa yang singkat. Malahan ramai yang sanggup beratur berjam lamanya hanya untuk mendapatkan koleksi baju-T terbaru oleh Supreme. Apakah modus operandi yang mereka gunakan? Ia masih menjadi satu rahsia yang belum lagi dapat dirungkaikan oleh label mewah. Namun Louis Vuitton bertindak bijak dengan mengikat Virgil Abloh menjadi Pengarah Kreatif koleksi lelaki buat Louis Vuitton. Ini dilihat satu langkah yang berani oleh label Paris yang sememangnya terkenal dengan nilai mewah mereka. Dengan kemasukan Abloh, pasti koleksinya akan dihembus rasa kasual jalanan namun tetap bersalut nilai mewah.

Ia juga adalah nilai karakter jenama itu sendiri. Semuanya adalah mengenai attitude yang cuba ditonjolkan oleh jenama cult fesyen ini. Mereka ini tidak menghiraukan langsung apa orang mahu kata malah berterusan memberikan apa yang sesuai untuk pengikut jenama dan apa yang mereka mahukan. Ada banyak jenama yang bermula sebagai jenama cult telah menembusi pasaran lebih global. Ini adalah hasil daripada teknik pemasaran mereka yang mempunyai nilai istimewa dan autentik.

JAMES JEBBIA ADALAH EMPUNYA KEPADA JENAMA CULT TERKENAL SUPREME DAN DIANUGERAHKAN DENGAN PEREKA FESYEN TERBAIK KOLEKSI LELAKI OLEH CFDA 2018

RAF SIMONS BERMULA DENGAN PEREKA FESYEN BERNILAI CULT SEHINGGA MEMECAH PASARAN DUNIA DAN MENAMBAT RAMAI PECINTA FESYEN MELLAUI KARYANYA DI JIL SANDER DAN DIOR

GOSH A KIY HINS RUBC OLEH PUT DIJEMERRY BURB UNTU K NCAR KAN MELA KSI KOLE BUAT UL KAPS MAITU JENA

BEG PRADA

BAJU LONGCHAMP

CERMIN MATA CELINE

KASUT DKNY

SUBANG GUCCI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.