LEATHER MASTER
Mahukan watak yang lebih dominan? Dress kulit ini adalah jawapan memenuhi kehendak hati sekarang. Menyarungkan dress kulit ini akan melantangkan rasa sensual namun punya sisi yang lebih berkuasa. Lebih seksi jika memilih dress kulit mini dan gabungkan dengan but tinggi material kulit juga. Jangan hanya tertumpu pada dress kulit berona hitam kerana ia cepat membosankan. Pilihan rona sensual seperti merah atau ungu gelap bakal membiaskan gaya yang lebih ghairah.