GLAM (Malaysia)

Fashion Superstars

-

Setiap kali mendapat peluang untuk shoot Datuk Seri Siti Nurhaliza, setiap kali itu jugalah keseluruha­n sidang redaksi berasa teruja. Masih lagi saya ingat sewaktu kami melakukan penggambar­an bersamanya untuk isu istimewa empat sampul muka berbeza. Biduanita ini kami ubah imejnya menjadi seorang lagi ikon dunia hiburan, Madonna dalam empat fasa kerjaya seninya. Kala isu Januari 2012 tersebut sampai ke kedai buku, cover berkenaan menjadi topik bualan hangat orang ramai hinggakan menjadi bahan perbincang­an di bilik berita.

Bulan ini sekali lagi Siti Nurhaliza menjadi penghias muka depan. Penampilan­nya selepas melahirkan anak sulungnya enam bulan lalu sememangny­a menakjubka­n. Tubuhnya hampir sama langsing sebagaiman­a zaman anak dara. Namun apa yang masih sama adalah personalit­inya yang senantiasa mesra dan merendah diri. Walau dia bintang hebat, tidak sesekali dia menunjukka­n gaya bermegah ala superstar. Kerana zaman sekarang ini, nobody pun boleh aksyen lebih daripada selebriti popular hanya dengan bilangan pengikut di media sosial.

Dalam isu ini kami juga menghimpun­kan model-model of the moment dalam satu segmen editorial fesyen berserta laporan fesyen musim luruh. Ya, sementara kami menghidang­kan review koleksi musim ini, Editor Fesyen kami sudah pun berada di New York, bersedia untuk menghadapi Minggu Fesyen musim bunga 2019 pula. Rasanya sepertikan perubahan musim semakin lama semakin pantas putarannya. Untuk mendapatka­n informasi terkini, anda boleh terus klik ke laman sesawang GLAM.MY dan ikuti kami di Facebook dan Instagram!

 ??  ?? GLAMJANUAR­I 2012
GLAMJANUAR­I 2012

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia