GLAM (Malaysia)

Perihal Fesyen Selebriti

- OLEH AIZAT A IDID

Suatu petang, usai Minggu Fesyen Kuala Lumpur saya sempat menikmati minum petang dengan Pegawai Pengantara salah satu jenama besar. Mereka singgah ke Kuala Lumpur untuk melihat situasi fesyen lokal. Banyak kisah kami kongsi petang itu. Kami berbual mengenai jualan, promosi, peningkata­n kuasa digital serta kisah selebriti. Mereka bertanya apa situasi fesyen selebriti di Kuala Lumpur, adakah mereka ini juga sentiasa menyokong pasaran fesyen di negara ini? Saya terus memberi jawapan jujur mengatakan yang selebriti Malaysia sentiasa menyokong fesyen lokal baik jenama tanah air mahupun antarabang­sa. Mereka ini tidak kisah untuk mengeluark­an duit sendiri untuk membeli item yang mereka dambakan. Itu memberi kejutan pada mereka, kerana tidak sama dengan apa yang berlaku di negara asal mereka. Kata mereka selebriti tempat asal mereka selalu mahu meminjam baju daripada jenama besar. Mereka bagaikan ketagih barang pinjam. Kuasa membeli mereka tidak hebat. Situasi ini turut berlaku di Kuala Lumpur yang mana ada selebriti akan meminjam helaian mewah untuk dipakai ke acara-acara yang mereka hadiri. Namun kami melihat ia sebagai satu promosi yang hebat buat jenama itu. Maka berlumbala­h selebriti ini meminjam baju. Saya turut berkongsi cerita dengannya memberitah­u orang Malaysia suka melihat selebriti mereka bersiap cantik dan mereka akan membeli apa yang dipakai oleh selebriti kegemaran mereka.

Sempat juga saya menyebut antara nama selebriti yang menjadi ikutan ramai adalah Nur Fazura, Noor Neelofa dan Scha Alyahya. Mereka ini mempunyai kekuatan masing-masing dan setiap daripada mereka menyampaik­an karakter yang berbeza-beza. Cita rasa fesyen mereka juga cukup peribadi lantas membuatkan mereka berada di dalam liga tersendiri. Paling menyenangk­an apabila saya sendiri tahu mereka ini tidak kisah untuk berbelanja lebih agar penampilan nampak hebat selari dengan bakat yang dimiliki.

 ??  ?? NOOR NEELOFA MEMBINA EMPAYAR JENAMA TUDUNG SENDIRI SEKARANG
NOOR NEELOFA MEMBINA EMPAYAR JENAMA TUDUNG SENDIRI SEKARANG
 ??  ?? BEG PINGGANG BRAUN BUFFEL KOT LONGCHAMP
BEG PINGGANG BRAUN BUFFEL KOT LONGCHAMP
 ??  ?? NUR FAZURA SELALU BERGAYA DENGAN CITA RASA YANG MUDAH DIDEKATI PEMINATNYA
NUR FAZURA SELALU BERGAYA DENGAN CITA RASA YANG MUDAH DIDEKATI PEMINATNYA
 ??  ?? JAM HUBLOT
JAM HUBLOT
 ??  ?? SCH A BIJA ALY K TAM DALAHY A LEB PIL AM IH DIR I DEN COO PILI GAN L AKS HAN PALESO RI SEK ING ARA HAN NG GAT
SCH A BIJA ALY K TAM DALAHY A LEB PIL AM IH DIR I DEN COO PILI GAN L AKS HAN PALESO RI SEK ING ARA HAN NG GAT
 ??  ?? KASUT ROGER VIVIER
KASUT ROGER VIVIER
 ??  ?? CERMIN MATA PRADA
CERMIN MATA PRADA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia