BUTIK BARU

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Michael Kors melancarkan butik terbaru yang mengambil tempat di Suria KLCC. Kini anda boleh menemui koleksi MICHAEL Michael Kors, Michael Kors Collection serta Michael Kors Mens daripada koleksi ready-to-wear hinggalah rekaan aksesori. Menampilkan konsep reka bentuk evolusi estetik Michael Kors, butik dua tingkat yang memiliki keluasan 2, 765 kaki persegi dipelopori hiasan dalaman keluli tahan karat serta spektrum yang kaya dengan kemasan kayu oak gelap, plaster Venetian, kepingan marmar Calacatta dan material mewah memberi suntikan glamor moden dan nafas sofistikated melambangkan kemewahan jenama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.