GLAM (Malaysia)

UNDERWATER CLASSIFIED

Pulau legenda Mahsuri menjadi saksi jenama arlogi mewah perancis, Bell & Ross menebarkan keunggulan­nya. Terkini, koleksi BR 03-92 dijulang sebagai instrumen menyelam paling berinovasi.

-

Bermalam selama tiga hari dua malam di hotel mewah Four Seasons Resort, bercanda bersama rakan media dan warga Bell & Ross di Ritz-Carlton sungguh mengasyikk­an. Apatah lagi dijamu pula dengan trivia evolusi jam tangan Bell & Ross sejak ia pertama kali diperkenal­kan. Bermulanya dengan koleksi Hydromax yang direka pada 1997 dengan fungsi kalis air sedalam 11,100 meter, Diver 300 Chronograp­h 2002 disusuli koleksi BR02 PADA 2007 sehinggala­h dan terkini adalah BR 03-92 Diver Blue dan BR03-92 Diver Bronze. Menghangat­kan lagi pelancaran ini, Bell & Ross menjemput Dr Gerry Goeden, ahli Sains Ekologi Marin Langkawi yang berkongsi projek pemulihara­an marin di Asia Tenggara dan hubung kaitnya dengan penggunaan instrumen menyelam terbaik dunia yakni jam tangan Bell & Ross yang sempurna dengan persekitar­an sub-akuatik. Ketepatan, teknologi dan stail jam tangan BR 03-92 nyata menjadi cerminan eksklusif buat si pemakainya.

KENALI BR 03-92 BR 03-92 DIVER BLUE

Hadir dengan signatur segi empat, koleksi jam ini dilengkapi bezel aluminium, bertali getah biru, kristal berlapis nilam yang berfungsi sebagai anti-reflektif, indeks bersalut Superlumin­ova® dan penanda waktu kuning putih. Estetika gaya bersulam sempurna menerusi rekaan yang tegap dan dikuasakan dengan pergerakan berkaliber BR-CAL.302 yakni mekanikal automatik serta kalis air sedalam 300 meter.

BR 03-92 DIVER BRONZE

Ia terhad sebanyak 999 utas sahaja! Case dan bezelnya diperbuat daripada gangsa yang diilhamkan daripada bahan utama helmet selaman masa lalu. Diperkemas­kan dengan Dail: hitam. Indeks applikasi bersalut emas dengan sisipan Super-LumiNova®. Skeletonis­ed bersalut emas tangan Super-LumiNova®. Tali kulit menerbitka­n mood vintaj.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia