REVOLUSI RIAS BIBIR

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Jenama penjagaan kulit dan kosmetik Jepun, Shiseido yang sudah lebih daripada 140 tahun mewarnai dunia kecantikan kini hadir dengan nafas baharu. Shiseido muncul dengan transformasi kecantikan bersama revolusi terbaru pastinya lebih menarik dan inovatif mengubah sepenuhnya koleksi solekan dengan penampilan 22 produk terbaru dalam 135 pilihan rona. Berlanskapkan 'Gift ing Japan to the World', koleksi kosmetiknya yang mewah tampil lebih moden, minimalis, berwawasan, ekspresif dan kreatif. Terbahagi kepada empat kategori tekstur yakni gel, ink, powder dan dew yang diformulasi dengan teknologi terkini serta luar biasa. Gincu, kosmetik yang wajib dioles wanita sebelum keluar rumah antara item solekan yang diselit dalam melengkapkan DNA baharu Shiseido. Memperkenalkan VisionAiry Gel Lipstick, rangkaian gincu menggunakan teknologi triple gel serta gabungan formula agar, clay dan copolymer gels bagi menghasilkan tekstur gel ringan dengan pigmen yang tinggi serta daya tahan lama tanpa mengeringkan bibir. Dengan satu sapuan yang licin sahaja ia mampu memberi liputan warna penuh dan sensasi dingin menyegarkan pada bibir si pemakai. Hadir dengan 28 pilihan warnawarna indah, olesan gincu ini bukan sahaja mampu melengkapkan solekan malahan merealisasikan impian kaum wanita moden untuk tampil anggun dengan trend solekan terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.