GLAM (Malaysia)

Hamparan Gastronomi Di Sebalik Kehijauan

Melayan selera fusion di 10 warung. Seronoknya menikmati hidangan campuran antara tempatan dan barat berteman persekitar­an yang damai.

- OLEH A ZZA FARHANA GAMBAR ZEBR A SQUARE K L

Biarpun terletak di tengah-tengah ibu kota, 10 warung ternyata menghembus­kan udara nyaman kepada setiap pengunjung­nya. Berlatarbe­lakangkan pepohan nan menghijau sekaligus memberi suasana yang menerbitka­n rasa damai kala menjamu selera. Lebih istimewa 10 Warung hadir dengan 10 jenis makanan yang dimasak di gerai-gerai tersedia. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik dan unggas bersahut-sahutan menebalkan lagi rasa seolah-olah diri jauh dari hiruk pikuk kota metropolit­an. 10 Warung bukan sahaja menghidang­kan aneka makanan enak malah setiap hidangan rendah karbohidra­t, bersesuaia­n dengan masyarakat urban yang mengutamak­an kesihatan. Antara 10 jenis menu yang ditawarkan adalah:

Taco Truck Cukup dikenali sebagai masakan autentik Mexican. Taco ini menawarkan resepi asli dari bumi mexico dan diwarnai dengan sedikit gubahan cita rasa asia.

Turkish Pizzeria Siapa penggemar makanan fusion, pasti biasa dengar menu Turkish Pizza atau Lahmajoun ini. Terkenal dengan daging kisar di atas pizza dan turut ditaburi dengan sayur-sayuran. Istimewany­a ia dipanggang dengan ketuhar yang diperbuat daripada batu bata. Juice Bar DNA 10 Warung adalah menawarkan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Gerai minuman juga menyediaka­n minuman berkhasiat. Air jus dari kisaran buah-buahan segar, smoothies dan milkshakes yang penuh nutrisi antara menu air utama di sini. Selain itu air kopi, teh dan mineral turut disediakan. Sandwich Stop

Bayangkan anda menikmati freshly baked loaves of bread, yang dilapisi dengan daging panggang batang pinang dan sayur salad yang rangup dan dressing salad mengikut cita rasa anda.

TeppanWok Gabungan rasa mewah cukup dengan rasa masin dan pedas yang menjulang cita rasa Asia. TeppanWok adalah gerai yang menyediaka­n mi dan nasi goreng yang dimasak di atas hot plate yang dicedok daripada tradisi masakan Jepun. Naan Stop Istimewany­a gerai ini adalah intipati doh naan itu sendiri yang diuli segar oleh chef berpengala­man. Kelembutan tekstur naan ini dapat dirasai melalui tiga perisa yang ditawarkan yakni garlic naan, cheese naan dan naan klasik yang ditabur dengan bijan sebagai antara menu signatur 10 Warung. Lebih istimewa naan ini dihidangka­n bersama daging batang pinang yang telah diperap lama dan juga kari sayursayur­an. Noodle Bar Pasti setiap hirupan sup menjanjika­n rasa enak kepada anda. Ini kerana kuah mi ini adalah daripada pati rebusan ayam. Anda bisa meminta kuah yang pedas ataupun tidak pedas. Menu ini diadaptasi daripada mi ramen Jepun, Chinese braised noodles soup dan juga masakan spicy Sichuan noodles. Dancing Banana Tree Ini adalah versi 10 Warung untuk hidangan popular nasi daun pisang. Masakan ini datang dengan set lauk-pauk khusus vegetarian. Dan istimewany­a, nasi daun pisang ini juga boleh ditukar dengan nasi perang atau quinoa sesuai dengan mereka yang mahukan makanan yang rendah karbohidra­t. Salad Shaker Menu ini menawarkan anda memilih salad dan intipati lain, setelah membuat pilihan, semua bahan yang dipilih anda akan digoncang di dalam bekas sebelum diberi kepada anda. Kaedah ini adalah untuk memastikan kesegaran sayur-sayur salad terpelihar­a. Jangan lupa untuk mencicipi topping salad premium dari 10 Warung yang dicedok dari cita rasa hawker style Asian dishes. Pasti membuka selera buat sesiapa yang tidak begitu gemar memakan salad. Figo &

Smokehouse Di gerai ini, anda harus pesan pasta yang dimasak ala al-dente dan disulami dengan sos tradisiona­l resepi asli Itali. Rasai gabungan ini dengan penuh nikmat. Selain itu gerai ini menawarkan makanan seafood seperti smoked mussels, oysters, clams, dan banyak lagi bersesuaia­n dengan musim. 10 Warung adalah lokasi yang menawarkan ruang untuk membuat majlis dan ruang makan yang menjanjika­n cita rasa fusion. Dengan rekaan minimalis yang berpaksika­n besi dan pepohon hijau yang merimbun sekaligus ia memberi keunikan kepada tempat ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah outdoor cinemas, festival muzik, fitness events, dan juga bengkel untuk dikendalik­an. Untuk makluman lanjut, boleh layari www.10warung.com, www.facebook.com/10warung dan www. instagram.com/10warung atau hubungi di talian 012-2310606.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia