Louis Vuitton: The Complete Fashion Collections (Catwalk)

GLAM (Malaysia) - - Glam Santai -

Diasaskan sebagai rumah barangan kulit mewah pada 1854. Louis Vuitton selama beberapa dekad menjadi salah satu pembuat aksesori utama terkemuka di dunia. Rumah fesyen ini mencapai kemasyhuran sebagai salah satu jenama mewah yang paling berpengaruh dan berharga di dunia. Penerbitan ini adalah yang pertama untuk memberikan gambaran mengenai reka bentuk berpengaruh Louis Vuitton. Halaman buku ini dibuka dengan sejarah ringkas rumah fesyen ini, diikuti profi l ringkas pereka Marc Jacobs dan Nicolas Ghesquière, sebelum menjelajah untuk mengenali koleksi itu sendiri. Dianjurkan secara kronologi, setiap koleksi diperkenalkan dengan teks ringkas yang memperhatikan pengaruh dan sorotannya, dan digambarkan dengan gambar catwalk yang teratur. Mempamerkan beratus-ratus pakaian, butiran, aksesori, kecantikan, dan reka bentuk yang hebat. Buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Thames & Hudson, dan boleh diperolehi daripada butik-butik Louis Vuitton menjelang September 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.