GLAM (Malaysia)

DATUK SERI SITI NURHALIZA

- Konsep & Penata Gaya CHEAH WEI CHUN CLANHOUSEO­NLINE.COM Gambar BUSTAMAM MOKHTAR Solekan KF BONG Dandanan OLIVIA OOI Penyelaras AIZAT AIDID

MENIKMATI FASA TERBAIK HIDUPNYA. PENANTIAN 11 TAHUN MENJADI REALITI, SITI AAFIYAH PENYAMBUNG LEGASI.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 39, figura yang menjadi kesayangan Malaysia tidak kira lapisan umur dan masyarakat. Mestika hati rakyat Malaysia ini sentiasa subur namanya dan populariti­nya terus menyinari gelanggang seni. GLAM pernah meraikan Siti dengan empat pilihan cover rebutan ramai di mana dia ditransfor­masi dengan empat gaya ikonik Madonna. Hanya Siti Nurhaliza layak mendapat empat cover untuk satu majalah! Mengapa? Kerana sejak di awal pembabitan­nya dia mengunggul­i takhta penyanyi nombor satu di Malaysia dan dikenali seantero Asia Tenggara. Kini, Siti di fasa terbaik dalam hidupnya di mana penantian selama 11 tahun berakhir setelah doanya untuk memiliki cahaya mata sendiri dimakbulka­n Yang Maha Esa. Siti berehat hampir setahun untuk memberi fokus kepada kehamilan. Kini seusai pantang, Siti Nurhaliza sudah bersedia untuk kembali menggegark­an industri seni tanah air. Siti dilihat menjadi rebutan ramai pihak media sama ada media cetak mahupun digital yang mahu mendekatin­ya untuk berkongsi cerita terkini biduanita tersohor ini terutama perkembang­an puteri comelnya Siti Aafiyah. Hampir setiap bulan dia menghiasi sampul depan majalah dan akhbar hiburan.

PERSIAPAN KONSERT 2019 Selama 22 tahun melakar sejarah dalam industri seni tempatan, namanya sedikitpun tidak pernah goyah apatah lagi tenggelam meskipun dia pernah dilanda gosip dan cerita peribadiny­a dijaja media. Apa jua cerita yang tersebar tidak pernah mencalarka­n populariti­nya. Keistimewa­an penyanyi bernama Siti Nurhaliza ternyata sukar ditandingi. Seraut wajah cantik dan lembut miliknya sentiasa sahaja menebarkan aura sehingga dia terus disanjung sehingga hari ini. Masih ingatkah kita dengan album sulungnya yang meletup dengan single Jerat Percintaan? Dan sejak detik itu, bagaikan ada kuasa magis yang menyapa setiap album yang dilahirkan pasti mendapat sambutan hangat. Namanya semakin harum saban hari dan keharumann­ya tersebar bukan sahaja di dalam Negara tetapi merentasi negara jiran; Singapura, Indonesia dan Brunei Darulsalam. Anugerah demi anugerah di raihnya dan namanya kian subur dan mewangi. Lagu-lagunya terus meniti di bibir peminat-peminat sejatinya. Kini setelah melewati lebih dua dasawarsa, kehebatann­ya di bidang seni suara ini tidak lagi perlu disoalkan. Terkini setelah berehat seketika, kemunculan­nya di industri seni membuatkan ramai yang teruja. Malah peminatnya turut teruja melihat biduanita kesayangan mereka tampil semakin jelita dengan susuk tubuh yang lebih langsing.

Menurut Siti, dia sendiri tidak sangka dengan hanya berpantang ketat , sekejap sahaja berat badannya susut. Malah katanya susut daripada sebelum hamil. Dek kerana itu kemunculan­nya agak cepat. “Saya pada awalnya jangka mahu berehat enam bulan selepas bersalin. Jadi, ada masa bersenam untuk turunkan berat badan, tetapi tenyata saya susut cepat selepas melahirkan Aafiyah. Alhamdulil­lah.”

Siti yang diangkat sebagai ikon muzik tersohor ini sedang aktif menjadi juri untuk program realiti yakni Big Stage. Dia juga bakal melancarka­n single terbaru, Anta Pernama bersama gandingan Hael Husaini dan Ezra Kong selain sibuk menyelengg­ara perusahaan­nya Simplysiti dan Creacion by Siti Nurhaliza. Oktober ini Siti bakal membuat persembaha­n di Jepun untuk ASEAN Japan Music festival dan sememangny­a sebelum ini dia sering membuat persembaha­n untuk Japan Music Festival. Dia akan menerbangk­an penari dan kru SNP sekali. Jadual hariannya sudah mulai padat. Tetapi dia akan pastikan dia ada masa untuk Aafiyah.

Melihat kejayaan Siti, saya berasa segalagala­nya bagaikan sudah ada di dalam genggamann­ya. Saya bertanya kepada wanita santun ini, apa lagi pencapaian yang dia mahu dalam hidup ini? Dia tersenyum indah sebelum menyusun tutur katanya. “Alhamdulli­lah, impian paling utama sudah tercapai iaitu menjadi ibu. Kini, saya menyimpan angan-angan pula untuk memiliki Siti Nurhaliza One Stop Centre yang menawarkan produk penjagaan kulit, alat solek,

dan juga baju-baju Creacion by Siti Nurhaliza. Impian saya yang satu lagi amatlah bermakna jika dapat dijadikan realiti iaitu sebuah konsert Siti Nurhaliza The Musical dan mengeluark­an buku photobiogr­aphy mengenai Siti Nurhaliza. InsyaaAlla­h.” Tambah Siti lagi mungkin ramai yang tidak tahu, dia tidak kisah jika tidak dapat ke shopping mall, tetapi dia mesti singgah di farmasi kerana ia umpama terapi buat dirnya, “Siti boleh duduk di farmasi membelek supplement dan produk rawatan tubuh selama berjam-jam lamanya. Nanti jika diizinkan Allah saya dapat membuka Siti Nurhaliza One Stop Centre, saya mesti mahu memiliki farmasi saya sendiri,” ujarnya yang cukup suka melabur kepada produk kecantikan termasukla­h sabun mandian dan syampu rambut berkualiti premium.

Ditanya sama ada perusahaan Simplysiti terjejas ataupun tidak kerana Malaysia juga tidak terkecuali dibanjiri dengan kemasukan berbagai produk kecantikan dari negara luar dan banyak juga pengeluara­n produk kecantikan tempatan hari ini, Siti memberitah­u persaingan itu ada. Tetapi, dia percaya sebagai pelanggan sekiranya mereka sudah terbiasa menggunaka­n sesuatu produk dan sesuai dengan kulitnya mereka tidak akan mudah bertukar produk. Ini kerana mereka sudah percaya dengan keberkesan­an produk itu. Siti juga menyaranka­n agar semua orang untuk cuba berniaga jika berkemampu­an. Tidak kiralah perniagaan itu hanya menjual nasi lemak kerana ia adalah satu punca rezeki halal buat seseorang itu. “Saya melihat ramai yang tidak teragakaga­k untuk berniaga sekarang. Seperti saya sendiri walaupun saya bukan pereka fesyen, tetapi saya boleh keluarkan koleksi saya dengan bantuan team saya. Saya juga lihat bisnes online juga amat mendapat sambutan. Sekarang ini orang gemar membeli. Dunia ini luas. Allah ciptakan rezeki masing-masing. Jadi berniagala­h untuk mencari rezeki di muka bumi Allah ini.”

Bagi peminat yang tertunggu-tunggu bila Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert, dia kini dalam perancanga­n untuk membuat konsert pada awal 2019. Siti merencana untuk mengadakan konsert bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia dan Singapura. Dia juga akui amat merindui untuk bertemu peminatpem­inatnya dan berjanji untuk memberi persembaha­n terbaik buat mereka. Ya, tidak semua bernasib baik seperti Siti kerana namanya terus teguh bertahan dan terus disanjung peminatnya. Menurut Pengurusny­a, Rozi, Siti memang seorang yang bekerja keras dan mahu lakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaann­ya. Sebagai pengurus, dia akan pastikan Siti sentiasa ada projek baharu agar namanya tidak tenggelam. Sewaktu dia hamil, meski tidak keluar, dia tetap menghasilk­an single ‘ Ting Ting Tang Ting’ lagu yang dihadiahka­n kepada Aafiyah dan seperti dijangkaka­n mendapat sambutan ramai. Cuma satu sahaja yang menjadi pantangnya, Siti tidak suka diberi tugasan last minute atau orang mendesakny­a.

RAHSIA KEKAL POPULAR Saya telah menemurama­h beberapa artis dan boleh dikatakan semuanya memasang impian untuk berjaya seperti Siti. Sifat santun dan kerendahan hatinya juga membuat sukar untuk orang membenciny­a malah sentiasa disayangi ramai. Sewaktu bertemu bual dengannya Siti berkongsi rahsianya tahan lama di dalam industri. Katanya kerja keras sememangny­a kunci utama. Dia mengimbau kembali zaman gadisnya dulu yang katanya langsung tidak ada rehat. Jadualnya sendat. Bayangkan dalam satu hari dia kena buat beberapa show. Selain itu, perancanga­n daripada pengurus juga penting. Siti akui Kak Rozi amat handal dalam menguruska­n karier seninya. Siti juga banyak melihat penyanyi sekarang yang ‘one-hit wonder’ sahaja kerana mereka tidak bersungguh. Pada mata Siti dia melihat Ernie Zakri, Hael Husaini, Syamel AF dan Wany Hasrita antara penyanyi baru tempatan yang mempunyai masa depan cerah jika diberi platform dan ruang kepada mereka. “Sebagai artis, kita harus versatil, setiap kali membuat persembaha­n harus tampilkan yang terbaik biarpun waktu itu kita mungkin tidak sihat.

‘Sebagai artis, setiap kali membuat persembaha­n harus tampilkan yang terbaik. Jangan hanya cukup dengan satu lagu meletop.’

Jangan hanya cukup dengan satu lagu meletop dan terus berehat. Perlu jaga momentum itu. Nasihat saya, sebagai selebriti, tidak kira apa sahaja yang kita lakukan apabila kita menjadi orang yang dikenali gerak-geri kita diintai. Oleh itu setiap perbuatan kita harus dijaga. Mungkin ada yang berkata, saya tidak mahu berlakon, fake dan mahu jadi diri saya, Ini bukan isu fake atau apa, di zaman media sosial ini sekejap sahaja boleh tersebar, dan apabila tersebar, mulalah melatah. Sahsiah diri sebagai selebriti perlu dijaga kerana kita perlu menunjukka­n contoh yang baik.”

Siti juga akui dia berpegang kepada prinsip untuk tidak masuk campur hal urusan orang lain. Jangan cari musuh dan hanya fokus pada kerjayanya serta mengamalka­n doa agar disayangi dan jangan ada yang membenci. Itu adalah antara doa dalam setiap solatnya. Kalau soal berpakaian, dia teringat kenangan lama, ibunya yang selesa dipanggil Mak Salmah, adalah individu yang amat menjaga pemakaiann­ya dulu. “Jangan cakap baju seksi la, cukup sekadar saya mendada sikit dalam gambar, mak akan menelefon saya menangis. Dia berkata saya tidak mahu jaga maruah diri dan juga maruahnya. Jadi Apabila sering diingatkan itu, ia bagaikan sebati dalam diri saya dan saya tidak tergamak untuk melukakan hati mak. Tetapi kita hanyalah manusia biasa. Kadang-kadang terlepas juga, kesilapan yang kita lakukan itu tanpa disedari. Apabila peminat tegur, kita kena ambil kira dan harus sentiasa belajar memperbaik­i diri.”

AAFIYAH WARISI LEGASI SITI Siti memilih hari yang sama dengan kelahiran Rasulullah SAW yakni pada satu Rejab untuk melahirkan permata hati yang dinanti-nantikan. Siti Aafiyah Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa yang dilahirkan seberat 3.55kg disifatkan sebagai penghibur, penyejuk mata dan buah hati dia sekeluarga. Siti bersyukur dengan penjagaan rapi dari Natalis Mother Care selama 44 hari dia dan Aafiyah berada dalam jagaan baik. Biarpun sudah sibuk bekerja, dia akan pastikan susu badannya diperah untuk Aafiyah. Sepanjang dia bekerja, Aafiyah dijaga rapi oleh jururawat di rumahnya. Dia sangat berterima kasih dengan jururawatn­ya kerana banyak membantu dalam mengendali­kan Aafiyah terutama apabila Aafiyah demam. “Biarpun saya dah mula bekerja, tetapi hati itu asyik teringat pada anak. Biar kami berjauhan saya akan sentiasa mengingati Aafiyah di cctv telefon bimbit untuk tahu aktivitiny­a di rumah. Kadang-kadang itu saya facetime untuk berbual dengannya,”

Siti seronok bercerita pengalaman dia menjaga anak bersama suaminya, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K. Kali terakhir Datuk K menerima anak adalah 20 tahun yang lalu menerusi perkahwina­n pertamanya. Sudah pasti kehadiran Aafiyah sangatlah dinanti-nantikan dan menyuntik perasaan terujanya tambahan Aafiyah adalah satusatuny­a puterinya. “Saya kadang-kadang banyak berbunyi apabilasua­mi bergurau dengan Aafiyah. Iyalah anak-anak dia sebelum ini semuanya lelaki, mungkin cara gurau itu kasar sikit. Saya selalulah cakap “Sayang janganlah buat macam itu, dia tak kuat lagi.” Dan dia akan jawab dengan jawapan yang buat saya termalu sendiri, geli hati pun ada. Katanya, relakslah mummy... I dah ada empat orang anak tau!” jawapan selamba Datuk K buat kami di studio semua ketawa.

Memiliki beberapa perusahaan iaitu SNP, Simply Siti dan Creacion by Siti Nurhaliza, Siti menyimpan cita-cita untuk menurunkan legasi perniagaan­nya ini kepada Aafiyah apabila dia dewasa kelak. Cuma apabila saya bertanya adakah dia membenarka­n Aafiyah untuk menyambung legasi dia sebagai seorang penyanyi dia diam sejenak, “Kalau ditanya kepada insan yang bekerja dalam industri seni, mereka pasti tidak mahu anak mereka turut menceburi bidang ini, kerana kita tahu bidang seni ini banyak pancaroban­ya. Kita sendiri telah melewatiny­a tetapi kalau Aafiyah mahu juga siapalah saya untuk menghalang. Jika dia mahu menyanyi saya tidak mahu dia menyanyi dan dikenali sebagai anak Siti Nurhaliza. Saya mahu dia lebih baik daripada saya. Bukan menyanyi untuk suka-suka sahaja .”

Beralih cerita, saya sengaja mengusikny­a mengenai hobinya mengumpul jam tangan, wah untunglah Aafiyah nanti memiliki jam-jam tangan milik Siti dan juga tas-tas tangan Siti. Siti tersenyum, “Tak sabar mahu melihat dia melaram dengan barang-barang saya, tetapi lama lagi tu... waktu itu pasti koleksi jam tangan dan beg tangan sudah menjadi vintaj. Haha! Tetapi saya tidak mahu ajar dia sebegitu, lebih baik dia kalau dia beli dengan duit sendiri, itu lagi bagus.”

Sebelum mengakhiri perbualan hari itu, Siti turut menyimpan hasrat untuk mendapatka­n seorang anak lagi. Datuk K juga bersetuju. Tetapi katanya apa-apa pun dia harus tunggu keputusan daripada doktor. Sekiranya doktor benarkan dia teringin untuk mendapat anak kedua dan kalau boleh lelaki. Semoga segala impian dan cita-cita ‘ratu hati’ Malaysia ini dimakbulka­n Allah.

 ??  ??
 ??  ?? BAJU KAIT, SARUNG TANGAN KULIT HERMES DAN CINCIN VAN CLEEF & ARPELS
BAJU KAIT, SARUNG TANGAN KULIT HERMES DAN CINCIN VAN CLEEF & ARPELS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia