MENJULANG SEPATU VEGAN

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Buat musim dingin 2018, Stella McCartney memperkenalkan rangkaian koleksi Stella #stansmith kolaborasi bersama Adidas menampilkan sniker bebas penggunaan material kulit. Selain melambangkan DNA rumah fesyen itu dengan tidak menggunakan material kulit mahupun bulu-bulu, rekaan Stella #stansmith juga hadir bersama jaluran biru dan merah serta logo Stella McCartney menghiasi bahagian tumit sniker itu serta tiga jalur pada bahagian tepi digantikan dengan gugusan bintang. Meskipun begitu, ia tidak mengetepikan identiti Stan Smith dengan meletakkan cetakan wajah serta tandatangan Stan Smith pada bahagian lidah kasut di sebelah kanan dan potret Stella pula pada bahagian kiri bagi melengkapi rekaan sniker yang luar biasa itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.