GLAM (Malaysia)

THE CHANEL 31 BAG FEVER

KOLEKSI TAS TANGAN CHANEL UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2018/2019 MENJADI BURUAN TERBARU PENCINTA BEG TANGAN.

-

Koleksi Chanel 31 nyata memikat hati ramai kerana rekaannya yang unik. Mungkin tiba masa untuk berehat seketika dengan trend tas kecil buat dan menjadi lebih adventurou­s dengan menggayaka­n Chanel 31 yang rata-ratanya bersaiz besar serta boleh dipakai dengan pelbagai gaya. Buat wanita yang dahagakan perhatian dan gemarkan statement pada tas mereka, Chanel 31 adalah pilihan tepat dengan saiz besar dan pilihan fabrik tweed mahupun kulit unik juga rona yang bold berserta perincian mewah pada tas sekaligus mampu membiaskan personalit­i yang kuat kepada si pemakai. Highlight untuk beg tangan Chanel 31 yang diadaptasi Karl Legerfeld daripada nama butik Chanel yang pertama di Paris ini adalah beg tangan tote yang didatangi dengan tangkai dan juga boleh dilipat dua untuk digayakan sebagai clutch oversized. Chanel 31 juga hadir dengan beberapa

saiz daripada XS hinggalah XL. Be careful ladies, as this Chanel 31 bag craves attention!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia