THE NEW ELEGANT

Nicolas Ghesquiere di Louis Vuitton menggabungkan siluet daripada dekad yang lalu dan dimadukan bersama gaya sekarang mencipta cita rasa moden.

GLAM (Malaysia) - - Nota Fesyen - Teks AIZAT AIDID Gambar LOUIS VUITTON

Nicolas Ghesquiere membesar dengan ramai wanita di sekelilingnya dan itu telah mengalirkan inspirasi buat himpunannya di Louis Vuitton. Kali ini Ghesquiere mahukan wanitanya lebih mencerminkan cara orang Perancis yang penuh elegan. Dia menyelongkar gaya daripada golongan bangsawan, justeru ada jaket-jaket yang dibayangkan untuk disarungkan Raja Louis XV. Untuk memberikan rasa moden, Ghesquiere menggabungkan siluet jaket klasik ini dengan sepatu sukan yang kini menjadi item paling hangat buat Louis Vuitton. Ghesquiere percaya bukan semua wanita yang berkuasa perlu menyarungkan gaya maskulin, lalu himpunan Louis Vuitton kali ini merayakan nilai feminin dengan ceraian skirt pencil yang menjerit rasa sensual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.