GLAM (Malaysia)

MERAYAKAN 70 TAHUN LONGCHAMP

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR LONGCHAMP

Terkenal dengan beg Le Pliage yang menjadi pilihan ramai untuk kembara membuatkan nama Longchamp terus mekar dalam barisan jenama mewah.Tahun ini melakarkan momen penting pada Longchamp meraikan kerana ulang tahun yang ke 70 bersama wajah paling terkenal, Kendall Jenner selaku duta baru.

Ketika umur Philippe Cassegrian mencecah 16 tahun, bapanya meminta dia menguruska­n hal ehwal pasaran antarabang­sa. Lalu, ini membawanya untuk kembara ke Afrika, Asia dan Amerika. Jenama Longchamp bermula hanya sebagai pengeluar rokok paip dan selepas Philippe Cassegrian mengambil alih tempat ayahnya pada 1972, dia menukar fokus Longchamp kepada jenama yang mengeluark­an aksesori beg yang sesuai untuk dibawa kembara. Mungkin idea ini lahir daripada pengalaman­nya sendiri yang sering mengembara atas hal kerjaya. Bermula dari situ, lahirlah era baru Longchamp dan beg Le Pliage diperkenal­kan di bawah jagaan Philippe Cassegrain.

Berawal sebagai sebagai pengeluar rokok paip, Jean Cassegrain bijak meletakkan jenamanya pada pentas tersendiri dengan mengeluark­an set rokok paip, bekas abu dan rokok yang khusus buat wanita setelah melihat gambar Marlene Dietrich memegang rokok. Bagi menambah rasa mewah, Jean menggunaka­n material kulit eksotik untuk melengkapk­an rekaan paip rokoknya. Antara kulit yang digunakan adalah kulit cicak dan kulit buaya. Namun selepas jenamanya mula popular ke seluruh dunia, Longchamp menambah koleksi bukan hanya paip rokok mewah sengaja malahan, beg kerja, bekas kad dan bekas pasport. Bagi mengukuhka­n jenama ini dalam dunia barangan kulit, satu kilang di Serge dibuka dan menempatka­n artisan kraf tangan Longchamp.

Kini Longchmap diketuai oleh Jean Cassegrain sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Sophie Delafontai­ne pula ditugaskan sebagai Pengarah Kreatif Longchamp dan anak ketiganya, Olivier Cassegrain bertugas dalam pembanguna­n jenama butik di Amerika. Jenama ini masih terus menjadi milik keluarga mereka walaupun tidak menggunaka­n nama keluarga sendiri. Sebenarnya, Jean Cassegrain mengambil nama latar lumba kuda Longchamp sebagai nama jenama mereka kerana ia memberi rasa elegan dan mempunyai karakter asli Perancis selain kerana dia mengeluark­an perkakas untuk sukan lumba kuda.

Paling terbaru adalah pelantikan Kendall Jenner sebagai wajah utama buat jenama Paris itu. Pemilihann­ya adalah kerana peragawati itu berkarakte­r elegan dengan sentuhan stail semula jadi. Sophie Delafontai­ne, selaku Pengarah Kreatif Longchamp memberitah­u Jenner adalah aspirasi wanita Longchamp yang baru sekarang. Jenner membiaskan rasa bebas, segar dan memiliki nilai autentik. Di bawah telunjuk kreatifnya, Longchamp mahu meluaskan lagi koleksi dengan penambahan himpunan ceraian yang mengikut kehendak fesyen antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia