70’s ALLURE

Trend kontemporari dari dekad 70-an menyuntik idea kepada Fabio Panzeri selaku Pengarah Kreatif Braun Büffel dalam menghasilkan koleksi buat musim luruh 2018. Gabungan glamor dengan rekaan yang moden menjadikan koleksi baharu ini lebih moden berserta elem

GLAM (Malaysia) - - Nota Fesyen Glam - OLEH AIZAT A IDID GAMBAR BR AUN BÜFFEL

Fabio Panzeri, Pengarah Kreatif Braun Büffel terpesona dengan dekad 70-an yang cukup glamor. Nama-nama seperti Bianca Jagger, Farrah Fawcett, Debbie Harry dan Anjelica Huston adalah bintang yang menyinari dekad tersebut dengan daya tarikan yang tersendiri. Lebih gah lagi apabila dunia selebriti dan kelompok seni bergaul mesra dan semestinya perjumpaan mereka berlangsung di lantai dansa Studio 54. Melalui gaya hidup dan nilai glamor dekad itu, Panzeri gaulkan semuanya dan dipersembahkan melalui himpunan aksesori terbaru Braun Büffel musim luruh 2018. Apa yang benar-benar membuat Panzeri memulakan proses penghasilan koleksi terbaru ini adalah kerana revolusi yang muncul pada dekad 70-an.

“Jika dilihat pada dekad 70-an dan sekarang ini revolusinya hampir sama. Mungkin sukar untuk diungkap, tetapi saya zahirkan melalui rekaan di Braun Büffel,” kata Fabio Panzeri membuka bicaranya ketika ditemu bual di Singapura sewaktu acara bersama editor serantau. “Lihat sahaja pada muzik pada era 70-an itu sudah cukup memberikan rasa unik pada himpunan Braun Büffel. Dunia seni kreatif ketika itu berkembang pesat baik dalam dunia muzik mahupun kelompok pengkarya seni halus. Setiap detil yang kecil itu membingkiskan idea pada saya contohnya penggunaan rona yang lebih malap untuk menghidupkan rasa misteri 70-an.”

Melalui himpunan kali ini juga Braun Büffel menawarkan evolusi yang lebih kreatif. Aliran kreatif yang lebih muda menjadikan Braun Büffel sebagai satu pilihan baru buat pelanggan bawah 30 tahun. “Jenama ini sudah berusia lebih seratus tahun, maka amat penting untuk mereka menawarkan himpunan yang sesuai dengan jiwa muda. Setiap kelompok mempunyai personaliti yang berlainan. Maka saya cuba untuk menawarkan kepelbagaian dalam koleksi Braun Büffel,” kata Panzeri lagi. Dia juga percaya yang himpunan Braun Büffel musim luruh 2018 tidak memfokus pada beg klasik kerana ia cepat membosankan. “Untuk menjadi jenama penting, Braun Büffel akan cuba untuk sentiasa mencipta evolusi dalam lapangan seni pembuatan dan pertukangan beg yang punya nilai moden.”

Pada sisi yang serius, Fabio Panzeri juga cuba mencuit hati pencinta Braun Büffel dengan himpunan Bully-P dan Buff y-P dengan rekaan yang lebih eksentrik. Ia mendapat idea daripada seni Pop Art yang mempelopori dekad 60-and dan 70-an. Model terkenal Edie Segwik menjadi inspirasi kepada koleksi wanita Buff y-P dan Andy Warhol pula adalah idea utama kepada koleksi Bully-P yang khusus buat lelaki. Koleksi ini bersifat lebih eklektik.

Sempat saya bertanyakan bagaimana dia mengekalkan nilai kemewahan pada jenama Braun Büffel. “Sejujurnya saya mempunyai pandangan yang berlainan dalam menilai kemewahan itu. Bukan semua barang dengan tanda harga mahal itu mempunyai nilai kemewahan yang saya cari. Namun, saya melihat ia sebagai satu gaya hidup yang kita pilih. Biarpun satu item itu bertanda harga jauh lebih murah namun ia memberi kenikmatan yang maksimum pada seseorang. Pada generasi sekarang, nilai kemewahan itu punya unsur yang lebih segar mengikut gaya hidup yang anda pilih,” jawapan ini menutup temu bual kami pada malam itu.

FABIO RI PANZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.