MAHKOTA KEJELITAAN WANITA

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Masalah keguguran rambut tidak mengenal usia dan ia merupakan kebimbangan utama para wanita. Keyakinan dan kecantikan seseorang wanita itu pasti terjejas apabila dirinya tidak bebas daripada masalah rambut gugur kerana rambut merupakan simbol kebanggaan semua wanita. Justeru Sisley memperkenalkan Revitalizing Fortifying Serum yang mampu merawat kulit kepala daripada masalah keguguran rambut. Rumusan kandungan mineral, vitamin, ekstrak tumbuhan dan protein yang tinggi antaranya vitamin B5, B6, E, magnesium, zink, ekstrak minyak pati thyme, sage dan marjoram meningkatkan tenaga kulit kepala membantu peraliran darah menjadi lancar bagi kekuatan dan pertumbuhan rambut. Serum ini bukan sahaja bisa meredakan iritasi kulit malah mampu menghasilkan penampilan rambut lebih tebal, kuat, sihat dan bersinar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.