GLAM (Malaysia)

ready set action!!

YM TUNKU KAIYISAH TIDAK SEDIAKAN LAYANAN ISTIMEWA BUAT DUA PUTERANYA, TUN PUTERA SHAKEEL & TUN PUTERA KYRIE.

-

Kala YM Tunku Kaiyisah Tunku Kamil Ikram, 35, tiba di studio bersama dua puteranya Tun Putera Shakeel Abdullah Shah, 4, dan Tun Putera Kyrie Ahmad Shah,2, suasana sepi studio bertukar menjadi havoc. Anakanakny­a hadir dengan mood yang begitu ceria membuatkan semua tertawa melihat telatah mereka di studio. Dan apabila beraksi di hadapan kamera, tenyata kedua-dua mereka sukakan kamera! Si abang memeluk adik, kemudian si adik memeluk abang. Dapat dirasai yang mereka amat menyayangi antara satu sama lain. Cuma benarlah kata si ibu, Shakeel kadang-kadang suka cemburukan adiknya. Misalnya sewaktu sesi fotografi si adik dapat memakai baju bercorak dinosaur, dan Shakeel hanya memakai baju polos, dia mahu juga memakai baju bercorak dinosaur. Membuatkan semua yang ada geli hati dengan telatah mereka dua beradik.

Kaiyisah akui, menjadi ibu adalah hadiah terindah buatnya. Ini kerana setelah mempunyai cahaya mata, barulah dia sedar betapa besar pengorbana­n ibu bapa itu dalam membesarka­n anak-anak. Kaiyisah menggunaka­n pendekatan seperti didikan bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Aishah yang mendidik anak-anak untuk berusaha mendapatka­n apa yang diimpikan. Jadi, anak-anak harus berjaya dalam pelajaran dan kerana itu Kaiyisah selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas daripada kecil hinggalah ke peringkat menengah malahan dia pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik di sekolahnya di atas keputusann­ya yang cemerlang. Setelah mendapat keputusan cemerlang dia dapat benda yang dingininya daripada bondanya nya. Berbeza dengan ayahandany­a yang akan menghadiah­kan sesuatu yang bernilai untuk simpananny­a seumur hidup, misalnya jam tangan Garret Genta sebagai hadiah sewaktu dia mendapat keputusan cemerlang di sekolah rendah. “Sepertiman­a ibu mendidik saya, seperti itu juga saya mendidik anak-anak saya. Jika kerja keras kita akan dapat apa yang kita impikan. Saya selalu beritahu mereka, apabila mereka merengek tidak mahu saya dan suami pergi kerja, “Mama and daddy have to go to work, then I can take you both to London, buy for you guys toys, money doesn’t grow on trees.” Jadi anak sulung saya sekarang sudah mulai faham konsep itu.”

Meski dia adalah cucunda kepada Sultan Pahang, dia tidak menggunaka­n itu sebagai tiket untuk dia dan keluargany­a mendapat layanan istimewa. Di sekolah anak-

anaknya sama seperti anak-anak orang lain. Kaiyisah tidak menyediaka­n body

guard untuk anak-anak atau dirinya. Di rumah juga Kaiyisah menjelaska­n tiada istilah bangun pagi makanan terhidang di atas katil. Serba-serbi disediakan. Cumanya di rumah, setiap seorang anaknya mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.

Bercerita mengenai adat istiadat istana, Kaiyisah tidak mempunyai masalah kerana suaminya juga, Wan Putera Shahril, 35, daripada kerabat diraja Selangor, jadi dia tahu protokol di istana. Anak-anak juga sudah diajar bagaimana mahu mengangkat sembah, dan bahasa istana seperti ‘santap’, “bersiram’, ‘beradu’ dan banyak lagi. Anak-anaknya masih belum mengerti yang mereka itu adalah kerabat diRaja. Cumanya kalau menonton rancangan kartun, saya akan terangkan watak ‘king’ itu adalah moyangnya dan watak ‘ princess’ itu adalah neneknya. Hanya dengan penjelasan mudah sahaja kedua mereka akan mengerti. “Shakeel dan Khyrie mulai faham jika mereka mendengar siren kereta di jalan raya dan melihat beberapa motor pengiring mereka akan tahu itu adalah kereta raja yang sedang melewati jalanraya.”

Kaiyisah juga akui sebelum memiliki anak-anak dia menyimpan cita-cita untuk masukkan anaknya dalam pelbagai kelas seperti kelas Karate, Taekwando, kelas seni, kelas berenang dan macam- macam lagi. Tetapi setelah dikurniaka­n anak dia tidak mahu menjadi ibu yang terlalu memaksa kerana katanya dia faham anaknya penat dan akan tertekan dengan jadual yang padat. Cukup sekadar dia menyediaka­n kelas tuisyen dua kali seminggu untuk anak sulungnya. “Saya juga tidak mahu meletak harapan yang tinggi kerana tidak mahu mereka terlalu tertekan. Meski saya dulu best student tapi saya tidak mahu memaksa anak saya ikut jejak saya. Biarlah mereka ikut kemampuan diri mereka sendiri tetapi yang paling penting pandai jaga maruah diri dan sentiasa menghormat­i orang tua. Apapun saya mahu mereka mengusai beberapa bahasa asing terutama Mandarin.”

Selain itu, Pengasas Bersama Prettysuci ini turut menerapkan pendidikan agama kepada anak-anakanya. “Saya selalu ceritakan kepada mereka mengenai kekuasaan dan kehebatan Allah serta cerita-cerita mengenai Malaikat dan rasul-rasul. Saya terangkan Allah jadikan hujan untuk apa, wujudnya pokok untuk apa. Saya pastikan mereka sentiasa mengucapka­n Alhamdulil­lah untuk segala nikmat.” Kaiyisah juga menitikber­atkan pemakanan anak-anaknya. “Saya akan pastikan menu mereka mesti ada sayur dan seboleh-bolehnya mereka makan makanan masakan rumah, Kami mahu mengehadka­n makanan yang diproses atau makanan yang banyak perisa tiruan serta pewarna.” Bercerita mengenai destinasi percutiaan kegemaran Kaiyisah sekeluarga memilih London. Di sana dia sering membawa anak-anak ke Hyde Park untuk melihat itik dan burung-burung. Dia juga membawa anak-anak ke Natural History Museum melihat sejarah dinosaur. “Sebenarnya anak-anak saya juga amat sukakan air. Jadi jika kami bawa mereka bercuti ke pantai dan kolam renang mereka sangat teruja dan boleh mandi berjam-jam lamanya.”

Sebelum pulang sempat Kaiyisah berkongsi tip dengan GLAM Junior bagaimana untuk mengedalik­an masanya agar seimbang dalam hidup. Sebagai usahawan, ibu dan isteri, Kaiyisah sarankan semua wanita harus seimbang dalam segala tugas. Baginya dia bertuah kerana di tempat kerja, dia mempunyai

team yang boleh diharapkan dan di rumah suami banyak membantu dalam menjaga anak-anak. “Jika saya balik lambat, suami akan balik dulu mandikan anak-anak dan pastikan mereka makan, begitu jugalah sebaliknya. Kini meski kami sudah mempunyai anak, saya dan suami tetap akan mencari masa kami berdua untuk sentiasa menghangat­kan api cinta dan elakkan daripada rasa hambar agar cinta dan kasih sayang kami akan sentiasa subur.”

“SAYA SELALU CERITAKAN KEPADA MEREKA MENGENAI KEKUASAAN DAN KEHEBATAN ALLAH SERTA CERITA-CERITA MENGENAI MALAIKAT DAN RASUL-RASUL. SAYA TERANGKAN ALLAH JADIKAN HUJAN UNTUK APA, WUJUDNYA POKOK UNTUK APA. SAYA PASTIKAN MEREKA SENTIASA MENGUCAPKA­N ALHAMDULIL­LAH UNTUK SEGALA NIKMAT.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KYRIE BERGAYA DENGAN SET PERSALINAN DARI GUESS KIDS
KYRIE BERGAYA DENGAN SET PERSALINAN DARI GUESS KIDS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia