LEGASI ARKIB

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Selberan melancarkan koleksi kilauan permata dengan idea yang hadir daripada elemen semula jadi serta koleksi arkib yang ikonik direka bentuk semula bagi meneruskan legasi set barang kemas mewah jenama tanah air ini. Kali ini di bawah himpunan Dita, rekaan koleksi ini bermain dengan seni garisan serta sentuhan dramatik stud yang menambah tekstur dan lengkung dengan tatahan berlian membentuk karakter mewah. Rekaan cincin koleksi Dita juga merai butiran mutiara serta kilauan batu delima menghiasi jari si pemakai lantas menjulang rasa elegan. Himpunan barang kemas ini turut hadir dengan rekaan kalung dan subang menyempurnakan koleksi pencinta barang kemas. Menariknya, koleksi Dita juga bisa direka mengikut cita rasa anda dari pemilihan emas, potongan berlian dan rona permata. Dita juga mengingatkan pada nilai timeless barangan kemas Selberan dan kehebatan legasi arkib yang terus diangkat sebagai sumber inspirasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.