24 SHADES OF COUTURE

Sama ada merah saga atau merah jambu, segalagalanya mengenai bibir yang menawan musim ini. YSL Beauty tahu apa yang wanita masa kini dambakan.

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Give a woman the right lipstick and

she can conquer the world! Satu calitan gincu bisa membuatkan wanita tampak berkeyakinan. Namun dalam mencari gincu yang memenuhi karakter wanita moden lain pula ceritanya. Terbaru daripada YSL Beauty, Rouge Pur Couture The Slim, dipersembahkan dalam gaya yang hebat. Mengangkat tema casual couture dengan menampilkan model terkenal Edie Campbell hasil bidikan jurugambar Craig McDean, kempen ini melaungkan wanita berkuasa, bertenaga dalam nada yang kasual.

RPC The Slim ilham Tom Pecheux ini hadir dalam 24 warna dengan rekaan berpotongan bar bersegi yang diilhamkan oleh reka bentuk ikon dari Yves Saint Laurent Couture House mampu memberikan litupan kemas hanya pada satu olesan sahaja bagaikan teknik jurusolek profesional. Formula yang tidak kering, berkrim meluncur dengan mudah pabila dioles dan kekal sepanjang hari, anda tidak perlu risau tentang berkerak atau

reapplying. Kemewahan berganda yang menambahkan seri gincu ultra slim ini pastinya pada bekas keemasan dengan kemasan hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.