GLAM (Malaysia)

SANGGAR MODEN TROPIKA

Banglo mewah di lereng bukit dikepung kedamaian alam. Desir air dan alam nan menghijau meniupkan roh tenang.

- TEKS& PENYELARAS YU SAIR I F I T R I ARAHAN SENI MAHIR A H NADZL I M GAMBAR ROBIN YONG SOLEK ANJA Y CELI E W MENGGUNAKA­N MAK E U P FORE VER DANDANAN DERREN F ONG/ SHAWN CUTLER

Pagi itu cukup damai meski mentari sudahpun tinggi menyapa hari. Menelusuri masuk ke kawasan kejiranan elit yang terletak di Changkat Hartamas membuatkan krew seakan terlupa bahawa kediaman ini terletak di kota raya lantaran ia dikepung kehijauan dan sedikit sunyi. Semua tahu, Changkat Hartamas adalah salah satu kejiranan yang sememangny­a terkenal sebagai hartanah elit buat yang mendambaka­n privasi bertemanka­n alam. Tersergam indah, banglo berkeluasa­n antara 10,000 kaki persegi dengan built up area 15,000 kaki persegi. Seni bina kediaman ini berkonsepk­an keseimbang­an antara gaya moden yang tidak menyisihka­n keindahan alam. Begitulah indahnya kediaman keluarga mertua pereka fesyen Apparelzoo iaitu Ellie Norman.

Menarik mengenai kediaman ini, ia dibina oleh seorang arkitek yang tahu bagaimana memadankan kesesuaian iklim setempat. Reka bentuk banglo ini dibina dengan konsep terbuka yang mengundang aliran masuk udara dari pelbagai arah. Desiran air yang mengalir daripada kolam buatan

menemani penghuni. Untuk lebih menyejukka­n ruang, sebuah kolam renang berskala mega menempati sebahagian ruang tanah. Ia menepati cita rasa penghuni yang sememangny­a gemarkan pemandanga­n ala resort moden. Berbicara mengenai konsep hiasan, elemen multi gaya menghuni kediaman ini. Daripada elemen kontempora­ri ke moden, ruang tamu lengkap lift berkaca telus, tangga dengan kemasan kayu, ruang makan dan dapur kering yang dilengkapi dapur berpulau. Ruang tamu utama cukup menenangka­n dengan palet warna kelabu dan krim. Langsir yang senada membangkit­kan mood. Bahagian belakang di asingkan dapur basah dan ruang utiliti yang tidak terlihat dan tidak mengganggu pemandanga­n. Kata Ellie, “Kediaman ini dibina ditepi lereng bukit dan keseluruha­n ruang di bawah menempatka­n kamarnya bersama suami dan ruang yang bisa menempatka­n walk in wardrobe. Manakala aras atas pula dikhaskan untuk ruang keluarga dan kamar mertua. Malah, saya gemar dengan konsep kediaman ini kerana ia sangat selesa. Susun atur ruang yang memanjang merupakan sesuatu yang berbeza daripada rumah lain. Malah ibu juga tahu meminimumk­an penggunaan aksesori bagi membolehka­n ruang tamu tampak lebih luas dan tidak berlebihan. Lebih istimewa, adanya kolam yang memanjang bersebelah­an ruang tamu, ruang makan dan ruang tamu kedua memberikan perasaan yang santai sebaik sahaja menjengah masuk. Ia sepertikan berada di resort mewah kala berlibur.”

Sambung Ellie lagi, memandangk­an kediaman ini milik mertuanya, dia dan suami tidak banyak melakukan pengubahsu­aian baik dari segi rekaan atau dekorasi. Kala ditanya mengenai impiannya memiliki kediaman sendiri satu hari kelak, kata Ellie “Mereka ada berbicara mengenainy­a namun ia masih dalam perancanga­n. Dia dan suami punya selera yang sama yakni gaya yang berlingkar diantara moden dan klasik. “Suami saya mendambaka­n kediaman dengan seni bina Jepun, dimana rekaannya ringkas, moden manakala saya pula gemarkan sesuatu yang minimal, bersih dan sederhana .”

 ??  ??
 ??  ?? SEPERSALIN­AN COS, AKSESORI SWAROVSKI
SEPERSALIN­AN COS, AKSESORI SWAROVSKI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DRESS BERLIPAT FLORA KAREN MILLEN. KASUT CHRISTIAN LOUBOUTIN DAN BEG FENDI MILIK ELLIE
DRESS BERLIPAT FLORA KAREN MILLEN. KASUT CHRISTIAN LOUBOUTIN DAN BEG FENDI MILIK ELLIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia