GLAM (Malaysia)

GLAM EXPOSÉ

THE UGLY TRUTH OF INSTAGRAM

- TEKS TENGKU ASHLEY HASSAN ILUSTRASI CLANHOUSEO­NLINE.COM

Dunia semakin pesat berubah. Perubahan tersebut merangkumi segala aspek teknologi dan paling ketara adalah teknologi dunia IT. Teknologi IT hari ini amatlah canggih. Segala kehidupan harian manusia diuruskan hanya di hujung jari. Melihat kepakaran pakar IT yang menyumbang kepada dunia pada hari ini saya yakin cerita yang dunia bakal mempunyai robot yang bekerja itu masuk akal.

Bayangkan ada 800 juta pengguna aktif akaun Instagram di dunia dan sebanyak 4.4 billion ‘Instagram likes’ per day. Ada apa ya dengan kuasa like? Apa yang pasti media sosial ini tersangatl­ah besar kuasanya. Paling menakjubka­n kehadiran media sosial telah berjaya menjejaki kasih sayang dan menjadi tali penyambung mengikat silaturrah­im. Sahabat yang terputus hubungan puluhan tahun boleh di jejaki dan keluarga yang hilang ditemui kembali. Tetapi jangan terkejut kerana media sosial ada yang menjadi racun kepada penggunany­a terutamany­a penangan ‘ like’. Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih ‘ like’. Yes are we that desperate? Ketahui the ugly truth of Instagram yang dibongkar melalui detektif-detektif di sekitar ibu kota. Menurut kata ahli psikologi, Emma Kenny “Its like a reward cycle everytime you get a like or positive response in social media,” Dan ia boleh menjadi ketagihan, ‘ the more you get it, the more you want it’.

Apa kurang juga dengan Facebook yang mempunyai 500 pengguna baru saban hari iaitu enam profil Facebook dalam setiap saat. Hebat sekali pakar genius IT Facebook iaitu Mark Zuckerberg. Siapa yang tidak mempunyai akaun Facebook atau Instagram dilihat sebagai tidak urban atau dalam bahasa kasarnya ‘orang kampong’. Tetapi yang yang lucunya orang kampung sekarang sudah ramai yang ada Instagram dan Facebook! Jadi ia umpama keperluan untuk gaya hidup hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia