DATIN

GLAM (Malaysia) - - Glam Butik -

Datin Lela selalu mengadu kepada Datin X mengenai suaminya yang cukup jarang lekat di rumah. Gaya hidup, lagak gaya dan cara bercakap macam orang muda umur 20-an walaupun sebenarnya usia sudahpun menginjak separuh abad. Dan sudah hampir tiga tahun juga Lela telah dimadukan dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. Kata Lela, entah di mana silapnya. “Memanglah mula-mula I tak dapat terima. Tapi demi anak-anak, I fi kir dua kali mengenai cerai. Lagi pun waktu tu I rasa my husband was just going through a phase. In time, I thought it’d wear off. Siapa sangka I tunggu sampai tiga tahun!” Seloroh Datin X, kalau sudah jodoh… “Jodoh? That lady is probably a year or two, younger than my husband. Umur hampir sebaya! I seriously don’t know what my husband sees in her!

ILA JADI ISTERI BAIK PUN TIDAK DIHARGAI

BSatu yang Datin X pasti, Lela dan madunya bezanya bagai langit dengan bumi. Lela muda, lawa, manis berhijab. Hidupnya hanya untuk suami dan anak-anak. Walau anak-anak masih kecil dan usia antara mereka rapat-rapat, Lela masih punya masa untuk ke dapur. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam untuk keluarga –hampir setiap hari dia akan masak sendiri. Setiap Jumaat pula, dia anjurkan usrah di rumahnya bersamasama kenalan rapat. Lela tampak seolah-oleh the perfect wife. Bertuah suaminya. Tetapi kalau nak cerita mengenai madunya pula, jauh sekali bezanya dengan Lela.

Shida wanita berkerjaya. Cukup pantang menerima jemputan ke mana-mana majlis, dia pasti akan hadir untuk networking. Jelas sekali dia seorang opportunist, dan apabila berumahtangga dengan suami Lela, makin panjanglah langkahnya. Mana-mana event, mereka akan hadir bersama walaupun lain-lain kereta. Walau umur agak berusia, skirtnya tidak pernah labuh melewati lutut dan sangat selesa menyarung dress sendat tanpa lengan. Shida memang bangga tayang tubuhnya yang sangat toned hasil praktis yoga sejak muda. Ke mana sahaja dia pergi, hampir setiap orang akan menegur betapa mereka iri pada tubuhnya yang hot!

“Benar, bukan mudah untuk meneka hati orang. Kita baik macam mana pun, pakai mekap bersiap untuk suami, tapi dia masih lagi akan keluar menggatal dengan perempuan lain,” ujar Datin X cuba untuk menyejukkan hati Lela. “Tapi kalau hati sudah hitam, perkara yang baik pun dia sudah tidak pedulikan lagi. Racun juga yang dipilihnya.” Barubaru ini Lela menangis di telefon menceritakan tentang bagaimana dia dan anak-anak mahu melakukan surprise birthday party untuk suami. Siap jemput ibu bapa dan saudara mara. Namun suami agak tergesa-gesa mahu meninggalkan partinya sendiri, hanya kerana sudah berjanji dengan Shida untuk melepak di kelab golf.

“Macam mana you boleh senang-senang biarkan dia kahwin satu lagi? Kalau I lah, jangan harap boleh lepas semudah tu!” komen seorang teman. Lela pandang wajah Datin X lama, seperti mengharapkan seseorang untuk memahami situasinya. Ya, masih segar dalam ingatan Datin X, teringatkan saat sewaktu Shida mahu bernikah dengan suami Lela.

Waktu itu Lela tidak tahu menahu yang affair antara suaminya dengan Shida sebenarnya memang serius, sehinggalah suaminya itu tiba-tiba ‘terbuka hati’ mahu menaja pakej Umrah untuk hampir 100 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta pekerja syarikatnya. Lela pun butabutalah percaya niat suci suaminya. Namun bila sudah sampai ke Tanah Suci, barulah rahsia suami terbongkar. Suami sebenarnya merancang bernikah dengan Shida di sana lantas memerangkap Lela agar tidak mengambil keputusan kurang waras. Dengan kehadiran ahli keluarga sendiri di sana, Lela ditenangkan dan diajar untuk reda atas segala ketentuan.

Pulang dari Umrah, turun sahaja dari kapal terbang, Lela tanpa berlengah lagi beli tiket flight baru untuk dirinya serta anak-anak, menuju ke destinasi baru. Lela bawa diri nun jauh ke bumi asing, tempat mastautin ibunya yang sudah pun berkahwin baru. Waktu itu, suami Lela masih sibuk mengulit bini baru dan hanya seminggu selepas itu baru dia sedar yang isteri pertama bersama anak-anaknya sudah menghilangkan diri. Lalu bermulalah drama baru. Kejutan yang tidak disangka ini membuatkan suaminya mengamuk, menggila. Suami guna kabel besar untuk gertak Lela agar pulang. Awalnya Lela nekad untuk terus menyorok dan tidak melayani setiap ugutan. Tetapi kalau sudah akaun bank kena beku, lama-kelamaan Lela pun kekeringan wang. Anak-anaknya sudah tidak tahan lagi dengan kehidupan serba kurang di negara orang, lalu mereka balik ke tanahair tidak lama kemudian. Dengan keadaan diri yang tidak terurus, dia terpaksa kembali ke pangkuan suami meski pun suaminya sudah bahagia menetap di rumah baru bersama Shida. Akhirnya, Lela juga yang nampak seperti diperbodohkan. Namun atas nasihat ahli keluarga yang meniup semangat, barubaru ini Lela kembali bersuara menuntut haknya untuk dilepaskan.

Sungguh kisah ini menjadi tamparan hebat kepada Lela dan kawan-kawannya yang asyik memberi sokongan supaya dia terus bertahan. Moral of the story, jangan terlalu mudah percaya dan biarkan diri digunakan. Hari ini Lela sedang sibuk dengan kawannya yang merupakan seorang peguam, cuba untuk membina kes terhadap suaminya. Lela nekad mahu dilepaskan, mahu hak penjagaan ke atas anak-anaknya dan inginkan haknya dalam harta dan aset. Sekarang barulah suaminya akan dapat surprise yang sebenar. Tak sabar Datin X nak tahu apa kejadian seterusnya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.