Move In Style

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Jam pintar kian mendapat sambutan sama ada menjadi aksesori pelengkap gaya mahupun buat mereka yang aktif melakukan aktiviti luar atau sukan lasak. Nah, sudah sedia untuk menambah koleksi jam pintar anda? Terkini, Garmin menampilkan siri jam pintar Garmin Fenix 5 Plus yang hadir dalam tiga rekaan yakni Garmin Fenix 5 Plus, Fenix 5X Plus dan Fenix 5S Plus buat keperluan berbeza. Kesemua model ini didatangkan dengan paparan skrin bersaiz 1.2 inci dengan rekaan rangka yang mengikut cita rasa peribadi diperbuat daripada bahan komposit Diamond-like Carbon dan Sapphire Glass. Ciri menarik lain ia turut mempunyai saiz storan 16GB dan sokongan Bluetooth bagi memudahkan penggunaan si pemakai. Istimewanya koleksi ini, ia dilengkapi sensor Pulse Ox Acclimation bagi mengesan kandungan oksigen pengguna sesuai kala berada di kawasan beraltitud tinggi, Sport Mode bagi mengesan aktiviti yang dilakukan dan penerimaan satelit pelbagai rangkaian seperti Galileo bagi memudahkan penjejakan persekitaran yang lebih mencabar. Ciptaan solid, kemasan mewah dan seni ketukangan premium siri jam pintar Fenix 5 Plus ini pasti meraih penggayaan glamor dalam gaya peribadi anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.