FRED PERRY x LE KILT

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Bagi musim ini, Fred Perry memperkenalkan kapsul kolaborasi bersama Le Kilt mengolah rekaan iknoik Fred Perry menerusi motif tartan yang cukup sinonim dengan tradisional Scotland dan selitan gaya punk DIY buat koleksi wanita. Gabungan dua jenama ini menampilkan ceraian baju polo pique, jumper berpotongan V-neck dan skirt yang setiap satu rekaanya hadir dengan potongan serta jahitan kontras bagi menghembus nafas DIY dan mewujudkan efek moden dan unik. Palet kuning, merah dan hitam menjadi taruhan koleksi istimewa ini dan turut diperkuatkan lagi dengan pin signatur Le Kilt yang diletak di bawah sulaman Laurel Wreath.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.