FALL STATUS

Sorakan cetakan unik, tekstur mewah, perincian yang menawan dan siluet menggoda membuatkan koleksi Musim Luruh 2018 punya ceritera dan nilai peribadi yang tersendiri.

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam - OLEH AIZAT A IDID OLEH TPG IMAGES

Maria Grazia Chiuri, Pengarah Kreatif Dior meminjam momen penting tahun 1968 sebagai inspirasi penting buat koleksi musim luruh Dior 2018. Setelah menelaah setiap arkib, Grazia Chiuri terjumpa satu gambar protes yang berlaku di luar butik Dior. Protes tersebut adalah kerana Dior ketika itu tidak mempunyai mini skirt! Cukup unik sekali kerana pada 1968 orang muda keluar untuk memprotes banyak perkara. Himpunan Dior musim luruh 2018 menerbitkan keghairahan era itu. Ada seni perincian yang popular pada dekad 60-an diberikan nada mewah Dior. Sebagi contoh adalah gaya tampal yang menggunakan motif Dior dan dijahit pada jaket Bar yang cukup ikonik.

Ini adalah himpunan kedua Clare Waight Keller buat Givenchy dan telah memperlihatkan kematangannya. Buat himpunan ini, Waight Keller membawa pencinta Givenchy ke dekad 80-an dan lokasinya pula bandar Berlin yang cukup misteri. Sisi kasar serta gelap yang ada pada Berlin disaluti dengan nilai glamor yang ada pada rumah fesyen Givenchy. Mengangkat budaya kelab malam di Berlin, ada helaian yang diperbuat menggunakan bulu tipu namun masih tampak mewahnya. Tiga gaya pertama semuanya ada kot bulu palsu namun pertunjukan dibuka dengan kot bulu labuh yang disarung oleh Veronika Kunz serta kasut but dalam material kulit lembut. Bila bercakap tentang gaya 80-an, pastinya bahu diberikan fokus utama dan jelas pada potongan jaket di Givenchy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.