ROUGE Kasual Couture: PUR COUTURE THESLIM

Kasual couture dengan daya tarikan menakjubkan yang dimiliki oleh empat wanita yang berkarisma, sofistikated, dan berkeyakinan tinggi. GLAM menghalusi erti sebenar aura Rouge Pur Couture The Slim daripada Tom Pecheux buat YSL Beauty.

GLAM (Malaysia) - - Istimewa Ysl Beauty - Text YUSAIRI FITRI Gambar CHUAN LOOI/ YIPIEYAYA STUDIO Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Solekan SYEDFAIZAL Dandanan CODY CHUA Pakaian ZARA

Kesemua wanita ini memiliki satu persamaan unggul. Che Puan Juliana Evans, YM Tunku Elana Kyra, YM Puteri Noor Afzan dan Amelia Henderson memancarkan pesonanya sebagai individu yang kuat dan ekspresif. Masing-masing dengan gaya

couture mereka sendiri. Sama ada bergaya dengan mengenakan seluar atau kemeja kapas yang dipadankan bersama skirt kulit, empat figura ini mempunyai satu perkara yang sama yakni bibir merah. Mereka boleh saling berhubungan antara satu sama lain melalui gincu yang lebih disukai. Setiap wanita mempunyai gaya yang tersendiri dan berkongsi sikap berani yang sama, penuh keyakinan apabila melayangkan The Slim lipstik. Apabila keempat-empat wanita itu berkumpul, ia adalah letupan seksi

dan glamor. Kini mereka bersedia to walk the line! RONA FUCHSIA SENTIASA DIJULANG SEBAGAI CERMINAN KARAKTER WANITA YANG BERJAYA. SEPERTI PERSONALITI AMELIA YANG MEMILIKI KERJAYA YANG HEBAT, RONA FUCHSIA EXCENTRIQUE KOD 04 MENYERLAHKAN PESONA AMELIA SEBAGAI WANITA MUDA YANG BERJAYA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.